Monday 17 March 2014

Nak Dia. Nak Dia Jugak.


Boyfriend Thailand. Boyfriend Indonesia. Boyfriend Luxembourg.
Assalamualaikum. 

Motif gambar tu? Saje suka-suka. Semakin rasa membuak-buak cinta kat blog kesayangan. Mesti aku sedih kan kalau tak dapat update blog satu hari nanti. Harap tak macam tu. Kalau jadi. Aku nak gigit-gigit blog ni. Geram sangat. Tapi geram lagi kat dia. Btw, Good luck. Ujian Nasional kan? Nak naik uni kan? Buat betul-betul. I hope you're doing good even you're not mine anymore. Dont ever forget your promises to visit me here at Malaysia and backpack together. Hahaha :D Dah lama tak ngarut kat blog sendiri. Sebenarnya, takde benda nak bitau. Saja bosan ngat.

Seminit kemudian.

Setengah jam kemudian.

Satu jam?

Bukak bukak twitter, diorang sibuk cakap pasal result. Hmm, jangan la ingatkan aku pasal Hari Graduasi tu. Sebab aku rasa aku tak penting dalam komuniti korang. Aku selalu dalam dunia aku. Mungkin hanya manusia manusia sepesen aku je yang faham. Aku la loading, blur, tak cantik, kurang pandai, takde budak lelaki nak kawan aku. Itu lah aku. Sebab tu aku rasa tak diperlukan kot. Fahamkan ye maksud aku. Orang yang ramai budak lelaki nak kawan je yang selalu diperlukan. So, biarkan je aku dalam dunia aku. 

Sebab tu la kadang-kadang aku terfikir. Entah-entah jodoh aku bukan Malaysian kot. Mungkin orang yang tinggal jauh dari Malaysia. Kadang-kadang lelaki Melayu hanya nak kawan dengan perempuan cantik dan comel je. Walaupun kadang-kadang diorang takdela comel mana. Hmm. Just terfikir je. Mungkin aku tak jumpa lagi kot lelaki melayu yang tak pandang pada rupa. Tapi ni adala sikit sisipan aku terbaca kat blog orang seperti berikut from ladies:

Itu yg saye perasan lah, sejak dari zaman sekolah lagi hinggalah skrang kat uni. Penah beberape kali saya sukakan lelaki Melayu, tapi semua pun nak yg lawa2 & tak bagi peluang pun, walaupun mereka sendiri takde lah hensem sgt pun. Saye sekarang tgh belajar kat negara mat saleh...& boleh kate la, ramai pelajar2 lelaki Melayu agak susah untuk didekati, mmg disappointing. Saye tak nafikan mmg ade laki Melayu yg tgk perangai & budi hati dulu, tapi dari pemerhatian saye lah..lelaki Melayu susah nak ditarik perhatian melainkan perempuan tu seksi, putih melepak, hidung mancung dsb. Rasanye ramai je lelaki yg kawin dgn perempuan yg sgt cantik walaupun perempuan tu suke mintak itu la, ini la, nak kawin besar besaran la. Bahagia ke relationship camtu? ingat...rupa akan hilang bila kita makin tua.. Mungkin mat saleh lebih pentingkan personaliti, bile perempuan tu dah rase dihargai kerana inner beauty die...die tentulah rase lelaki itu sayangnye dgn hati yg ikhlas & murni... Saye tau dua pasangan ni, yg lelakinye mat saleh, & yg perempuan2 tu takde lah lawa pun, tapi mereka bahagia, & yg pihak lelaki tu sgt prihatin terhadap pasangan mereka." - Anonymous.

"I'm a student in Australia and I did not expect this but guess what? Matsalleh men are way less superficial than their Malay counterparts. Unlike some Malay men who only talk to or help pretty girls, matsalleh men do not really care how you look and they do not mind being friends with ugly girls. They are also more polite and helpful, once I was struggling to carry my groceries and matsalleh man helped me to carry my groceries, all the way to my front door. So unless Malay men change their attitudes, do not be surprised if Malay women would prefer to marry non-Malay men (not just matsalleh guys but also Chinese or Indian guys). "


Memang betul apa yang diorang rasa. but maybe, diorang control macho kot. Takpun takut kena assume dengan orang lain yang diorang nak usha  anak dara orang. Sopan santun kan memang ada dalam darah Melayu tu yang buat dia teragak-agak nak tegur atau datang membantu. Rasanya lah. If la my future hubby is  pure Melayu. I hope he does not really care how I look. but if la dia tu bukan Melayu dan bukan Islam harap sangat dia jadi backpacker soleh. Eh? 

note : senang cite, harap Allah jodohkan kitalah Key biru Si Penangku TERSAYANG atau A! Macam takde kena mengena. Macam aku cakap, aku selalu dalam dunia aku. Aku dan manusia tertentu je mungkin yang faham.

Sunday 9 March 2014

Lately ;(

1) SPM
Aku lupa result SPM keluar minggu depan. Sebelum ni aku rasa takut gila nak keluar result. Sekarang aku reda berapa pun aku dapat. Aku hanya mampu bertawakal dan berdoa. Semoga dapat keputusan yang cemerlang. Wahai classmates tersayang, aku mintak maaf sangat-sangat tak dapat join semua plan yang dah korang rancang. Padahal dulu aku lah yang excited sangat. Aku ada sebab sendiri kenapa. Sorry sesangat. Aku rasa aku datang hanya amek result pastu terus bla gitu. Aku mungkin tak join Graduation Day yang jadi berita hangat antara alumni Sasem.

2) LESEN
Hmm, aku nak keje tapi semua orang suruh settlekan lesen. Aku malas la sebenarnya. Tapi tu kebaikan aku jugak. Tanpa lesen siapalah aku kat atas jalan raya. Ayat ceq tak boleh nak bla lagi. Fikir pasal tu pun jadi masalah aku jugak. Pening arr. Pening arr. Tapi aku kuatkan semangat demi mak ayah demi dia. Aku fikir kalau foster family aku datang boleh bawak jalan jalan sampai JB pun okey. Kalau advanced pegi SG.

3) KEY BIRU SI PENANG KU TERSAYANG.
This is not him. 

Sejak balik haritu. Hari hari aku tak macam sebelum ni. Aku lebih banyak diam dari bercakap. Aku pendam segalanya. Fikiran melayang jauh. Kalau macam ni minggu lepas kita dalam van sesama. Aku dok usha kau je. Kau hanya lemparkan senyuman tu. Aku tertanya. Siapa dia. Nama dia. Mana dia pergi lepas Penang. Adakah dia masih di Malaysia. Mana dia sekarang. Dia ada akaun laman sosial tak. Semuanya persoalan yang harus diletakkan (?) As soon as I saw him an adventure was going happen because he's a truly backpacker, humble one, love photography and have a nice smile. Hanya kerana senyuman dan humble dia dah boleh buat aku suka gila dan buat aku fikir masa depan walaupun dia bukan muslim. Kalau macam ni, takde siapa boleh jawab soalan soalan tu. Allah je yang tahu dia kat mana. Allah tahu segalanya. Kalau kita tak jumpa lagi pada masa hadapan, tu semua kerja Dia. Hanya Dia yang tahu segala hikmah yang berlaku. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya dia tak apa-apa. Aku hanya mampu berdoa kita berjumpa satu hari nanti. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah guides him to Islam and be a good muslim.  Aku asyik terfikir macam tu je. He may not be perfect but he is perfect to me.

Hari demi hari telah ku lewati. Tak pernah aku bersamamu lagi. Jauh kau pergi. Sepi hati ini membunuhku. Tapi aku masih saja rasa masih ada di dekatku. Tak mudah aku melupakan dirimu. Di saat ku sendiri.


Ya Allah aku nak Kau dengar, Aku mintak aku dapat jumpa dia balik. Nak backpack dengan dia. Aku tak mintak lain. If la dia jadi suami. *AAMEEEN, aku tak mintak lebih. Aku tak minat nak make up, shopping mahal  macam perempuan yang suka begitu yang sangat suka shopping. Semua tu aku boleh beli guna duit sendiri. Aku tak mintak lebih. Dia boleh bawak aku pergi teman sama-sama travel, backpack sesama. Aku dah bersyukur. Tu dah memadai. Aku rasa macam tu dah sweet sangat. Aku tau dia minat photography and travel. We have same interests of. Ya Allah, if after we get married, if kami ada baby aku nak aku nak dia bawak stroller baby tu. bawak hanger dia. I dont care.  Aku harap dia tak rasa yang baby tu beban nak travel sana sini. Kalau dia kata baby tu his burden, me is his burden too. Maksud aku kat sini Ya Allah, aku nak dia tak hentikan minat dia after he has his own family. I always think you will be a great dad to my kids and an amzing husband. In Sya Allah.

I've been thinking lately bout you and me. And all the questions left unanswered. How it all could be. I hope you know you never left my head. I see you around lately. You smile brighter than you should. How are you, I'm hope you're doing good. No I can't let you go. I hope you can take all of me. I swear I will better than before. If I ever let you down. I'm sorry. Now, I've been so lonely without you around.


He loves backpacking, he has a baby and he backpacks with his baby. He is my future husband. Aaameen. Soon. In Sya Allah.

Perfect!


note : my rants! as we are growing up, the are many things that we have to deal with. some we wish we had never done but some we wish we could replay for a millions times in our head. we have to remember they all make us who we are and in the end they shape every detail about us. 

Wednesday 5 March 2014

Backpack To Krabi

Singapore sudah, Thailand sudah, Indonesia pun sudah. Next?? Jeng jeng jeng

Hey Hey.

Assalamualaikum. 

Amaran : This entry sangat panjang. Jangan mengeluh apabila sedang membaca. Tolong sediakan apa-apa seperti cucuk earphone dalam telinga dengar lagu ke buat air milo panas sebab takut membosankan.

This trip bermula dari 27th of February 2014 sampai 4th of March 2014. Kami memilih untuk backpacking sebab lebih thrill dan lebih jimat. Sebenarnya masih sebak untuk menaip sebab hati masih tertinggal kat sana. Huhuhu. Tapi aku masih tabahkan hati mencuba menaip setiap satu perkara yang berlaku dalam sepanjang perjalanan. Aku ni takde la backpacker sejati. Masih bertatih lagi. Krabi, Thailand merupakan destinasi ketiga selepas Bandung, Indonesia pada tahun 2011 dan 2013 dan Singapore 2014. 

Hari pertama 27th of February 2014, Khamis.
Akula mula mula dari Kluang mengambil bas ekspres ke Johor Bahru (JB). Tiket dari Kluang beli on the spot takpe. Sebab tiket ke JB merata banyak. Turun kat Sri Putri tunggu akak aku untuk teruskan perjalanan bersama. Tunggu punya tunggu. Kat tiket bas pukul 7.00 p.m. At last bas datang pukul 8.00 p.m kat SRI PUTRI. Aku pun baru tau kat SRI PUTRI tu bole amek orang. So, maksudnya perjalanan kami (3 orang) bermula dari pukul 8.00 p.m. Bas yang kami amek ialah Bas Ekspres Konsertium *lebih kurang macam tula ejaannya. Bas ni berhenti kat banyak tempat rasanya, Kat YONG PENG, PUDU RAYA, TAIPING, ALOR SETAR, last berhenti kat BUKIT KAYU HITAM. Diingatkan bawak la bantal yang duk kena selit kat leher yang macam kalau naik flight tu. Sebab nanti sakit leher macam aku.Jangan lupa juga bawak travel charger. 

Tambang bas dari Kluang ke JB : RM 10.80.
Tambang bas dari JB ke Hatyai : RM 85.00.

Hari Kedua 28th of February 2014, Jumaat.SAWADEKAPP. KAP. KAP
100 baht = RM1
Sampai kat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 7.00 a.m. Kat situ konduktor bas mintak passport. So bagi jela.  Lepastu berhenti kat Imigresen Malaysia dan Thailand untuk cop passport. Perjalanan dah jauh, rasa lapar pun tak rasa dah. So kami decide taknak makan. Kalau dah sampai Thailand baru lah makan. Perjalanan dari sempadan Malaysia-Thailand agak jauh jugak dari Hatyai. Erm first tempat yang aku nampak Dannok, Sadao. Ah aku rasa tu dekat sempadan la kot. Sampai destinasi last bas tu kat dia punya pejabat Konsertium betul-betul kat depan Lee Garden Hotel *yang penah kena bom dulu. Turun je bas macam biasa la mesti ada yang offer naik pengangkutan awam kat sana. Masa ni aku lupa tengok jam tak ingat samapai kat Hatyai pukul berapa. Sampai je kami terus pergi kat counter Konsertium tu tanya mana nak dapatkan transport ke Krabi. Dia kata ada mini van akan hantar ke Krabi. Kami setuju nak naik mini van tu. Mini van sampai dalam pukul 11.30 *waktu Thailand. Sebelum tu kiteorang jejalan kat Bandar Hatyai. Tak jauh beza dengan Indonesia. Tapi bandar Thailand bersih tak macam Indonesia. Entah entah Malaysia pun kalah. Serious bersih, tak nampak pun sampah kat tepi jalan. Lepastu tak lupa beli sim card dengan plan internet untuk seminggu terus. Jangan lupa beli adapter. Yela setiap negara pin plug lain lain. Kuasa untuk charge ke apa apa pun lain. Tak akan sama dengan Malaysia. Ni antara pengalaman aku sewaktu backpack ke Bandung dan dipraktikkan kat Thailand.



Ok mini van tu pun sampai pukul 12.30 a.m. Mula mula kiteorang fikir nak naik bas. Tapi rasa macam tak nampak bas. Kira ok jela naik van tu. Lebih kurang pukul satu gerak ke Krabi. Perjalanan amek masa 5 jam untuk sampai. Agak jauh dan meletihkan. Sakit tengkuk. Bangun tidur bangun tidur tak sampai sampai. Punyalah lama. Nanti van ni berhenti kat macam R&R la. Van ni nanti akan cuba sedaya upaya penuhkan semua seats kat dalam ni. Huhu. Lebih kurang pukul 5.00 p.m sampai Krabi. Nanti ada reciption kat Krabi tanya kita dah book hotel ke belum. Kami decide nak hotel paling murah. Pastu dia offer penginapan paling murah iaitu ViewSon Guesthouse.And dia tanya untuk aktiviti esok hari dan seterusnya. Kami pilih aktiviti  4 Islands je dulu. Van tadi terus straight hantar ke ViewSon tu. Pergh pergh. rumah ni betul-betul depan pantai Ao Nang. Boleh je nak stay kat Krabi Town kat Krabi Town pun banyak hotel hotel budget ni. Tapi kiteorang fikir nanti bosan bosan bole pegi jalan jalan kat pantai Aonang. Sampai kat Guesthouse tu pukul 6.00p.m tak silap. Terus berlari ke pantai depan rumah jerit "DAH LAMA AKU CITE PASAL KAU TAU KRABI" . Condition bilik tu sangat selesa. Ada kipas *kiteorang malas nak amek yg air cond takut kena charge mahal, bilik air. katil peti ais. tv, almari, ampai baju, ada shower air panas. Tapi kiteorang duduk situ untuk 2 malam sahaja sebab nak tukar angin. Nak duduk yang dekat dengan kedai kedai sourvenir. Malam jenjalan. Tak mandi lagi sebenarnya tapi dah jalan cari makanan nak makan sebab kebulur sangat. Makanan halal jangan risau ada banyak. Harga standard la. Kami tak memilih untuk makan kat restaurant sebab takut mahal. Kami beli makanan kat gerobak gerobak tepi jalan pastu makan kat tepi pantai Ao Nang.

Van ke Krabi : 320 baht per person
Adapter : dalam 100 baht kot
Sim card internet : 490 baht
Guesthouse : 2200 baht for two nights for 3 person
Activity for next day (4 Island) : 500 baht per person
Makanan : 60 baht per person
Minuman : 30 baht per person
Tiket bas balik Malaysia (Hatyai - JB) : 850 baht

Masa dalam van, after sampai view kat Pantai Ao Nang when sunset.

Hari Ketiga, 1st March of 2014, Saturday.

Hari Sabtu, hari yang best. Sebab dah ada aktiviti apa nak buat. Jeng jeng jeng. seawal 9.30 pagi dah ada transport amek kami kat guesthouse. woot. woot. Ingatkan kami je rupanya ramai lagi mat salleh and aunties omputih yang naik. Yang bawak boat tu boleh cakap BM dengan fasih tanpa loghat Thailand. Dia tau Kluang kat mana. Aku pun rasa ragu-ragu dia orang Malaysia ke Thailand. Percayalah hanya kami sahaja yang bertudung. Huhu. Kadang kadang tengok diorang ni melting sangat. Rasa nak kahwin dengan orang bukan Malaysian pulak. Ok jangan lari tajuk nanti sedih teringat kat si Penang tu. Banyak aktiviti boleh buat sepanjang tu. Berhenti kat 4 pulau yang sekali tengok WOW! SubhanaAllah cantiknya. Naik longtail boat je. Rasa seronok. Ada snorkelling, fish feeding, main tepi pantai dan disediakan lunch makanan Thai. Huhu. Masa ni sangat seronok dan dah start rasa sedih bila dah pukul 3.00p.m sebab dah kena balik ke guesthouse. Pantai yang bersih dan cantik. Sangat ramai tourist yang hensem macam Edward Cullen. Ouch!. Masa kat boat aku rasa takut sangat takut ada Tsunami tetiba. Aku dalam boat pejam mata bila omabak dengan ombak membadai boat. Sampai mamat orang putih sebelah aku gelak gelak tengok aku. Malunya, Takpe ar bukan jumpa pun lepasni.

Ni contoh snorkeling yang dibuat oleh diorang tetapi bukan aku sebab aku tak reti berenang. Rasa loser sangat. Hmm. Kalau la aku ni tak pemalu mesti dah mintak sorang mat saleh tolong conduct aku turun kat air.






Aku suka gambar lompat macam si Nazim Othman tu.

Sampai last aktiviti balik dia hantar kat guesthouse tu balik. Mandi siap siap untuk malam. Malamnya macam biasa la. Cari makanan untuk dimakan. Dan dah start survey untuk souvenirs. Tu terpulanglah kepada diri nak beli ke tak. hmm. Kalau aku mesti la nak cari souvenir sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Banyak gila kedai massage. Kalau rasa tulang tu bila jalan rasa nak terkeluar boleh la pegi massage banyak kedai yang menyediakan massage. Nak haircut pun boleh. huhu. Facial massage pun ada. Memang sangat best Thai massage style diorang. Malam ni jugak pergi cari hotel budget lain. Last last dah macam nak patah kaki jumpa hotel budget iaitu POPEYE GUESTHOUSE. Memalam Sabtu ada Night Market. Terpulang nak pegi atau tak. Tak rugi. That's all for this awesome and unforgettable day. Nite!

Makan and minum : 100 baht
Souvenir : 1000 baht
Massage : 250 baht
Popeye Guesthouse : 700 baht one night for 3 persons
Mini van back to Hatyai : 350 baht per person

Hari Keempat, 2nd March 2014, Sunday.

Hari yang menyedihkan sebab esoknya dah kena gerak ke JB. Lupakan yang itu, Pagi pagi dah cari kedai ingat nak minum coffee pepagi cenggini. Satgi takde kedai yang dah bukak. Terpaksa makan maggi cup tepi Ao Nang Beach. Huhu. Mintak la air panas pastu makan tepi laut. Nikmati keindahan pagi. Gosip pasal orang orang putih kat situ. Huhu :) Jalan jalan balik sekali jumpa kedai halal yang dah bukak. Duduk duduk ada menu kat atas meja. Dah nak order dah. Lepastu rupanya tak halal nasib belum order. Order mango pancake. Sangat sedap moist moist gitu. Coconut shake dia pun sangat halus dia blend. Tengah hari cenggitu dapat coconut shake memang la tak hengat.

Bak kata akak aku, "Truly Backpacker".


Breakfast at Aonang Beach. The picturesque scenery at Ao Nang Beach.


Mango pancake. Coconut shake. For lunch.


Aku yang poyo, coconut shake and DOUBLE CHIN tak guna. Gahh. Fine!

Sampai kat ViewSon kemas kemas nak pindah Popeye Guesthouse. Tak larat la kalau nak bawak beg hiking tu jalan guna kaki sendiri. So decide nak naik motosikal yang ada org bawak tu. Tak tau nama dia apa. 



Lepas pindah tu. Rest jap dalam bilik. Lepastu keluar cari souvenirs yang tak cukup. Lari kat pantai main pantai. Tangkap banyak banyak gambar. Rasa macam nak rakam setiap detik saat yang berlalu. Sebab terlalu indah. Dan rasa tanak tinggalkan segala kebohongan duniawi ni. But siapa kita nak stuck dekat moment yang indah jekan. Allah lebih tau. Last night kat Krabi sangat sayu dan luluh hati ni. Rasa tak sanggup nak back to reality. Not so dinner lagi tepi pantai Ao Nang.

Tamabang motosikal macam Angkutan Kota : 100 bath for 3 persons.
Makan and minum : 100 baht
Again souvenirs : 350 baht


Satu satunya ada orang tangkapkan gambar bertiga. Thanks a lot to Mr Lonely Solo Backpacker.

Last sunset at Ao Nang Beach. Luluh hati. Bye Krabi.

Malam tu keluar lagi saja nak tengok kehidupan malam after 9.30p.m. Kedai banyak dah tutup. Tapi kedai massage still tak tutup and makin ramai orang pergi massage. Then, banyaklah kupu-kupu malam bertenggek atas moto tunggu pelanggan. Lupa nak bitau. Kat Krabi ni guesthouse ada free wifi. So kalau nak online senang.

Hari Kelima, 3rd of March 2014, Monday.

Have to pack all the stuffs sebab bas ke JB pukul 6.00p.m. Dah kemas semua. Pagi-pagi pegi pantai lagi sebab nak habiskan sisa sisa waktu bersama Krabi. Van amek pukul 11.00a.m. Breakfast kat tepi pantai. Cari instant noodle kat Family Mart. Susahnya nak cari yang halal. Banyak yang campur dengan pork meat. At last jumpa jugak. Pagi-pagi pekan lengang. Tak ramai pelancong keluar. Yang keluar pun sebab dah ada aktiviti terancang. Huhu.


Instant noodle yang dicari.
 Last breakfast. Hmm :/


Diorang yang diambik untuk ke aktiviti harini. Mungkin Phi phi island.



Menggatal jap dengan mat salleh yang ada.

Pukul 10.00 macam tu van dah datang jemput. hmm Bye Krabi. Headed to Hatyai. 5 jam yang membosankan dengan kesedihan. Kali ni satu van orang putih tade Melayu pun.



Aku rindu yang pakai key biru duduk depan tu. kawan dia lagi humble tak pakai selipar. Muka kawan dia macam Leonardo Dicaprio. Pergh pergh rindu siot kat dia. Bila lah dapat jumpa lagi. Sayang tade gambar dengan dia.


Pukul 5 macam tu sampai Hatyai. Jalan jalan kat Lee Garden yang tempat pengeboman berani mati tu. Pukul 6.00p.m bas ke JB dah sampai. Lagi sedih nak tinggalkan Thailand.

Breakfast : 50 baht


4th of March 2013, Tuesday.

Sampai JB dalam pukul 9.00 a.m.  esoknya. Amek bas pegi Kluang pukul 9.30a.m. Sampai kat Kluang pukul 11.00 macam tu.

Bas JB-KLUANG : RM 10.80



SAWADEE KRABI!!!