Sunday, 29 December 2013

Kehidupan Selepas SPM Tak Seperti Yang Dijangkakan


Assalamualaikum.


Macam mana aku bole buang masa hapdate blog. Aku sepatutnya BACA & BELAJAR buku undang-undang. Tapi aku rasa malas nak mampus nak buat benda-benda yang kena membaca ni. Sejak-sejak ni aku rasa aku tak berperasaan sangat. Ada perasaan tapi tak semegah sebelum ni. Semua aku buat tak bersemangat. Hanya Allah je tau macam mana keadaannya tu. Diri aku memang kat rumah. Tapi roh jiwa aku dah pergi jauh jauh dari sini. Aku rasa aku sekarang nak pergi jauh-jauh-jauh dari sini.

Sebenarnya aku nak kerja babe nak duit. Haduii dapat kerja biasa-biasa pun tak ape la. Asalkan aku berduit next month. Sebab aku dah janji dengan diri aku nak beli camera dengan duit hasil dari aku sendiri. Lepas tu boleh simpan-simpan nak bawak pegi backpack. Hmm. Tapi semua angan-angan tu berubah lepas semua tempat aku mintak kerja even kedai jamu paling cikai kat Kluang ni pun tak de kerja kosong. Kadang-kadang aku rasa tertipu sangat. Kedai tu kadang tampal, JAWATAN KOSONG 17 AND ABOVE. Then, bila aku tanya, jawapannya: takde la. nak budak lapan belas tahun je. See, kan aku dah habaq, aku ni ditipu. Aku nak backup diri aku pun tak mampu la. Hmm. Aku pelik la kawan-kawan aku senang je dapat keje. Masalahya mintak sekali je, aku? mintak entah lebih sejuta kali la kalau aku tak silap. satu pun tade. Kenapa ekk? Aku pelikk la. Kenapa kalau aku kerja, aku buat kedai kau tak laku ke? Gahh! Aku pun memerlukan wang. Duduk rumah, sapa nak bagi duit kat aku. Kalau la duduk goyang kaki tengok tibi sambil makan ubi jatuh jongkong emas seketul-seketul tape jugak.

Entah, mungkin sebab tu aku ni dah macam tak berapa nak ada perasaan la agaknya. Kalau sebut ea ada kerja kosong. Aku terus cakap ala bukannya dapat pun. Bukan aku tak usaha, aku usaha dah. Macam-macam aku dah buat. Hmm. Kalau aku tak kerja, aku takde duit. Kalau takde duit, aku tak dapat kumpul duit. Kalau tak kumpul duit, aku tak dapat backpacking dengan family aku and tak dapat beli camera. brrrr. My mom dah ingatkan dah kalau takde duit, Ayah tak nak sponsor kalau nak backpacking lagi. Ya Allah, aku perlu buat apa lagi, untuk buat aku ni dapat kerja la. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku terasa bodoh sangat duduk tak buat apa-apa kat rumah. Aku tak suka la keadaan macam ni. Ya Allah, Kau Maha Mendengar.

Kalau aku tak kerja, maka aku isytiharkan angan-angan hanya tinggal angan-angan bagai habuk di tepi jalan dilanggar lori, kereta dan trellar. Masalah ni dah sama besar dengan result SPM nanti!

NOTE : Sabarlah wahai diri, INI SEMUA DUSTA SEMATA!

Thursday, 5 December 2013

Suka Dalam Diam A!


Assalamualaikum. Hye ebelibadi. Semakin hari, semakin aku sibuk. Saja menyibukkan diri supaya aku rasa sibuk dan tak sibuk-sibuk ingat semua pasal dia yang suka menyibuk dalam diri aku. #huh senafas beb. Mungkin sesiapa yang membacanya akan rasa aku ni gedik tetapi ni jelah satu-satunya cara aku nak bagi dia baca, even aku tak tahu kau baca ke tak. At least ada link yang boleh buat dia terbaca.
There are many things that  I would like to say to you but I don't know how. I can't even text with you. From what you said, I know you don't want me to contact you  dengan reason, you want to focus in your national exam. But you want me to wait for you.

SAMPAI BILA? persoalannya.

Now that I can see that we are falling apart from the way that we used to be. Hubungan sekarang dah makin renggang. tak macam dulu. Now I know what mean of "suka dalam diam".  yang aku faham macam aku sekarang tengah tunggu Austin Mahone text aku. Macam tu la yang aku rasa sekarang. Betapa sakitnya. Hati. Sabar je aku kat sini dengan perangai dia. Hmm. Aku tak tau la, dia janji nak jumpa tapi. Aku tak nak harap apa-apa daripada dia lagi. Pasal dia, aku sedih, sakit hati. He changed a lot.

Aku dah buat macam-macam nak ambik hati dia, dia sikit pun tak pernah perasan. Agaknya dia tunggu aku datang depan dia hantar sejambak bunga taik ayam baru dia perasan kot. Baru dia nak hargai aku kot. Rasa nak menangis. Tapi dah susah lah. Dah penat nangis sebab dia dulu. Pergh cakap kau, kalau aku dapat nangis mesti rasa lega gila. Tapi tak boleh nak nangis la. Susah sangat. Every day, menjadi habit aku, aku akan tengok langit memalam. Takde maknanya nak kira bintang. Kau pikir bintang tu sikit. Aku tengok aeroplane yang lalu. Aku berharap satu hari, salah satu aeroplane tu dalamnya ada kau yang sedang tersenyum melihat aku di bawah. Kawan aku pun dah tau dah. Teah ade satu kapal terbang kau kat sana. Aku tenung sampai tak nampak dari pandangan.

Who? Of course, You. Why? Why you did this to me? What? What do you want actually? When? When you will treat me like beforeWhere? Where you actually go and disappear?
and....How? How to makes you believe that.... "You're the only one?" 
My friends think that I still into you but actually not. They dont know the true story. They think I am okay with you because they never see both of us get into troubled. Kadang-kadang rasa nak cari pengganti bila kau jauh. Tapi entah la. Macam susah sangat. Kalau satu hari nanti jumpa pengganti kau. Aku rasa nak buat kenduri kesyukuran sebab dapat lupakan kau. Ya Allah tolong aku. Penuhilah aku dengan kegembiraan kebahagiaan. Sebenarnya aku dah suka dia dalam diam, sejak pertama kali aku jumpa dia.

Jadi stalker, jadi secret admire kau.  Sebab. sambil kunyah gula getah yang harganya RM 2.50. bukan aku dah give up dengan hubungan ni. Sebab makin aku rapat dengan kau. Nanti aku lagi sakit. Bek tak payah. Nanti kau bagi harapan palsu, dusta semunya. Dont gimme the fake hopes and fake promises. Do you remember how fine and happy we are before? do you remember? dont tell e you forget how it feel because im still remember. always. Bila kita admire kat orang, kita selalu cakap baik-baik untuk dia. Hmm, Tadela aku marah-marah kau. Setiap hari aku harap kau dapat kebahagiaan yang sempurna. Yes, mungkin kau dicipta untuk aku hanya sementara. Tetapi sementara dan kesederhanaan perkenalan kita dah cukup membahagiakan hidup aku. Tapi aku harap one day, aku boleh jumpa kau tak kira berapa pun umur kiteorang. Even kita kenal dia sekejap, tapi senyuman dia,, kenangan bersama dia walaupun tak banyak, tak mudah nak lupakan.


Diriku bagi dirimu
Seperti asing
Tak berguna, tak membahagia
Padamu hanyalah beban
Tuhan tahu apa yang terjadi
Antara kau dan aku
Kau takkan tahu apa hati ku
Yang selalu derita kerna mu
Dan kau takkan rasa
Apa yang ku rasa
Semenjak kau hadir
Hidupku sering saja untukmu
Tentang dirimu
Tak pernah untukku
Mereka lihat masih lagi aku menantikanmu
Dan aku tak tersedar lagi
Dengan sikapmu terhadapku
Tapi aku sebenarnya aku
Tak seperti yang kau tahu

note : suka dalam diam ni macam cinta bertepuk sebelah tangan je. sape rasa betul angkat hidung.





Sunday, 1 December 2013

Untitled

Assalamualaikum. hye.



Hello December :) Look like we are reaching end of 2013. Actually idk why am i typing for blog now. Nah, baru aku ingat. Tiba-tiba rasa rindu nak berborak dengan dia. aku jarang ade kawan lelaki ni.

Aku ada seorang kawan. not-so-kawan. sebab aku hanya mengenalinya melalui laman sosial FB. Masa mula-mula agak takut nak approve dia. tapi tengok dp dia tgah pegang kapur sedang mengajar. Aku dengan rasa berat hati approve. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Dia bertanyakan kepada aku adakah aku salah seorang daripada kumpulan pelajar.... aku meniyakannya. Kami start berchatting selalu sangat. Skype. Aku tau dia insan biasa-biasa. Sebab itulah aku rasa selesa nak cerita apa-apa kat dia. Lagipun dia faham bahasa melayu. senang communicate. 

Dia suka akan fotografi sama seperti aku. we have same interest of. dia selalu stalk gambar-gambar aku. dia pernah menguji aku dengan bagi satu nama artis yang dia sukai ; Sam Concepcion. aku memberikannya gambar yang sudah diedit kepada dia. Aku tau dia orang susah. Dia memberitahu aku bahawa dia meminati bidang fotografi, tetapi apakan daya dia tak mampu nak beli camera mahal-mahal. Masa dia beli camera, dia beritahu aku. aku pun ikut rasa teruja dan gembira. banyak juga gambar yang lawa-lawa dia bagi aku tengok. aku rasa terharu bila dia anggap aku penting untuk dia. Aku pernah tunjukkan blog aku kepada dia. 

Aku pernah menyuruhnya mengajar subjek Fizik melalui Skype sebab aku tahu dia pandai subjek tu. Pada malam itu, dia menunggu aku. tapi aku tak online kerana malu. Pada keesokan harinya, aku minta maaf kerana buat dia tunggu. dia tanya kenapa aku tak online. aku jawab aku tertidur depan laptop. sebenarnya aku bohong. 

Setelah lama tak bertegur. aku stalk dia. Dia dah pun jadi guru Fizik. Mungkin dia terlalu sibuk dengan kerja., dah lama tak bertegur. aku teringat dia apabila terbaca update dia.


"ketika semua muridku telah mengalahkan ku, maka sesungguhnya itulah kemenanganku. "


kata-kata itu sungguh mengharukan aku. aku berkata kepadanya. dia mengharukan aku, aku berkata lagi. bahawa menjadi guru pahalanya besar. aku rasa dia sangat berbangga kerana dapat menjadi seorang guru. setahu aku, menjadi guru pahalanya sentiasa  mengalir dan merupakan pekerjaan paling mulia. dia hanya membalas, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah lebih baik daripada gurumu. 

note :kalau kamu terbaca entri ini,  ketahuila bahawa aku sangat bangga dengan kamu. :)