Assalamualaikum and hello.
Today entry is totally pasal my bakpack to Saigon City. Dah lama tak update blog sebab malas. Choiii. Another country of southeast asia. Alhamdullilah. Allah mengizinkan lagi kaki ni melangkah lebih jauh dalam bumi dia. Pada umur 21 ni, baru berapa kali dapat jalan best macam ni. Once a year tak pe kot. Tahun 2017 ni kali ke-4 #jalanjalan. Sneak away eh orang kata. Okay teruskan lah ke hari pertama perjalanan. Macam biasalah sebelum berjalan mesti banyak dugaan terjadi. Nak sedih pun tak boleh. So, as a muslim, reda jela.
4th August 2017, Fri-Yay
10.00 pm kami naik bas dari Kluang ke TBS, idk kenapa we chose to stay TBS lelama sampai sakit tengkuk tidur kat TBS tu.
Tiket Bas Kluang-TBS = MYR 25
Nasi Lemak 7e = MYR 3.3
5th Aug 2017, Sat
Lepas siap solat subuh, makan and so on, kami pun bergerak ke KLIA2 dalam pukul 10.00am. Tak lama pun dalam 45 minit. Murah je harga tambang Jetbus Ngeeee. Sampai KLIA2, sementara tunggu flight kami makan la sikit alas perut. Beli nasi lemak dekat 7e je. Hohoho.
Sementara tunggu bas TBS-KLIA2
Sementara nak tunggu masuk departure blabla amik la gambo, sebab bosan menunggu
Flight delay lama gilos. Mata da layu ngantuk semua ada, Hati dah tak sabar nak sampai sana. akhirnya gate open lambat la jugak jam 3.45 pm. Kami bajet sampai sana dalam sebelum maghrib sebab kalau da malam susah pulak nak cari hotel. PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN.Sampai Tan Son Nhat airport around jam 5.30pm. Jangan kalian risau sebab keluar airport ade banyak transport bole digunakan khidmatnya. Kami ambil bas no 105. Kalau tak tau, tanya je kaunter kecik kat situ tanya bitau jalan apa hotel korang, for those yang da book bilik ke guesthouse. Bagi yang belum, better duduk la area yang senang dapat public transport. Contoh area Ben Tanh Market. Bila bas berhenti je kami turun, dengan blur nya cari jugak area Ben Tanh Market sebab yela sebelum book bilik mestilah tengok berapa jauh dengan landmark dia kan? Hmm, bila da tak tau 7 minit jadi setengah jam. Dengan banyak sangat kenderaan, for the first timer kat sini, susah lah nak cross jalan. Berpandukan waze, kami jalan la ikut arah waze beri tu. *dalam bas ade wifi. Belum sampai bilik, luggage kami da rosak. Tulah ade bag pack 40L nak jugak tarik luggage. Lenkali pakai je bag belakang kalau tau nak kena berjalan-jalan. Hahahahaha. Kami sampai dekat Hostel Tu Anh 2 dalam around 7 sana. Da nak dekat isya. Letih jangan cakap la kan. Sampai bilik, terus charged fon memasing. Lepas solat semua, kami keluar cari kedai halal. Guess what, cuma ade sebuah restoran halal sepanjang Bu Vien Street tu. Kami juga teruskan misi cari agent travel untuk aktiviti esok.
tiket bas ke Ben Tanh Market
Kalau kawan tanya kat HCM ade apa, ada motor.
Nasi tomato, ayam korma, kopi ais.
Jalan cari pakej nak jalan esok.
Suasana malam di Bu Vien Street.
Tambang bas = 20 000 VND/per person
Bilik 4D3N = 817 000 VND
Makan malam = 60 0000 VND/per person
2 Aktiviti = 430 000 VND/per person
6th Aug 2017 , Sunday
Pukul 5 am ade orang da kejut bangun subuh. Tipu je sebenarnya kami je muslim kat sini. Tak nampak mana muslim lain. Seawal 7 pagi, cari taxi ke Saigon Central Post Office. Salah paham pakcik teksi kena mahal pulak. Tak tau la nak sedih ke tak. Di Saigon Post Office, boleh la try pos poskad, 5000VND paling murah. Best la kat sini. Historical gittew. Then, betul-betul depan post office, Notre Deme Cathedral, lawak jugak tangkap gambar kat situ. Cun. Oklah. Tengok gambar dulu kay. Here you go.
Pada sebelah petang kami ke Cu Chi Tunnel. Another historical place to explore gaiss. Banyak jugak Mr Huy explain satu persatu. Perjalanan agak panjang, sampai la ade mcm rnr la gitu, pastu sesampai kt pintu masuk ade briefing sikit pasal Cu Chi tunnel. Kasi chance kami rasa how well their army planned strategies to fight against war at that time kot. Pastu dapat la rasa makan ubi kayu dengan kacang campur gula. yummy. You all kena pergi sendiri untuk rasai kot. Nak terang terperinci panjang lebar pulak nanti. Sebelum balik tu nanti tMr Huy tanya ada tak nak berhenti kat Ben Tanh Market.
Kami decided turun kat Ben Tanh Market. Makan malam kat kedai makan Islam area situ ade banyak kedai makan halal. Shopping memang best kat sini. Murahlah banding kat Malaysia. Kami balik malam tu jalan kaki ja. Penat gila harini.
Poskad = 5000VND
Setem = 11000VND
Tambang teksi yang salah faham tu = 100000
Makan malam = 70 000 VND/per person
Souvenirs = 395000VND
7th Aug 2017, Isnin
Kami prefer makan maggi atau roti memandangkan susah nak cari kedai halal plus nak cepat. Aktiviti harini ke Mekong River. Wehooo. Excited. Mana taknya, nengok gambar orang ke situ macam best je. Tapi memang happening pun. Dengan Mr Pha yang bawak kami pun, terhibur aku dengan dia. Aku yang mudah terhibur kot. Jauh perjalanan dari An Travel office naik bas kecik ja. Ade Freeway Vietnam macam highway la gittew. Pemandangan kat tepi tu penuh dengan sawah padi dan lebih tenang berbanding bandar HCM. Berhenti la sat kat RNR macam tu. Bole nampak banyak pelancong lain pun ke destinasi yang sama. Tak mustahil bole jumpa kawan yang semalam kau terserempak ke, pegi Cu chi tunnel sesama ke. Hahaahahah. Fun kot. Haahahha. Then, sebelum ke jetty, singgah jap kat Vin Thrang Temple. Ade happy Buddha, bak kata Mr Pha, happy belly, happy tummy. Hahahaah. Perjalanan diteruskan ke jetty, perlu naik bot besar sebelum naik bot kecik. Sungai Mekong ni panjang, Mr Pha bitau sungai ke-7 terpanjang di Asia dengan panjangnya 4, 350 km. Katanya lagi dari Yunnan China, Myanmmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Vin Thrang Temple di My Tho.
Sampai je Unicorn Island, kami dibawa ke tempat menghasilkan gula kelapa. Di beri rasa sebab halal, sedap. Sebungkus 30000VND. Tade machine pun dalam proses pembuatan. Semua ala tradisional. Destinasi setersunya dalam pulau ni ialah di beri rasa madu asli pekat campur limau. Pun sedap jugak. Aish, then, sambil makan buah-buahan tempatan diiringi lagu masyarakat sana. Haih, Then, kami diberi peluang naik kereta kuda sebelum naik sampan pakai topi kon tu. Jam pun da pukul 1 petang, tiba masa naik bot untuk lunch. Kat tempat tu best jugak, bole naik basikal mengelilingi kawasan tu. Suasana macam kampung, dari bandar ho chi minh yang sangat padat tu, ke kampung ceruk yang best. Kata Mr Pha, Mekong ni kampung dia siap kenalkan childhood friend dia. Eceh. Terhibur betul aku dengan dia. Tunggu sampai bot sampai then gerak balik, gerak balik tu singgah Factory, pembuatan barangan dari buluh dan kelapa. Sangar inovatif, belum diperkenalkan di tempat lain. Sepanjang balik, semua terbongkang tidur, tapi aku tak tido sebab nak menikmati sisa masa yang ada sepanjang perjalanan. Sedih sebak dan buat aku berfikir banyak benda dalam kepala otak tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Banyak benda baru belajar, jumpa kawan baru, ada yang travel untuk memperkasakan English. Aku doakan kawan aku tu one day kalau diizinkan berjumpa lagi, da fasih Englishnya. Amin. Ada yang travel sebab ada training keje kat Air Asia Vietnam. Untunglah dik, akak masih mereput memikirkan masa depan lepas grad.
Kopi ais = 40000VND
8th Aug 2017, Selasa
Hari terakhir di sini, sedih sebak. Teringin ke negara seperti ini lagi. Pusing Indochina pulak mana tau lepasni. Dengan duduk di kawasan yang kurang penduduk muslim, jadi bila ade sorang pakcik ni muslim, dia jual-jual sarapan, dia tegur kami, siap offer pertolongan kalau ada nak mintak tolong. Nampak riak wajah teruja seorang pakcik tua bila dia nampak orang muslim lain kat tempat yang jarang boleh tengok muslim. Tbh, tempat kami menginap ni bukan kawasan orang Malaysia, macam yang kami bayangkan mula-mula. Takpelah semua tu pengalaman. Kalau tade cabaran bukan kehidupan namanya. Kami menggunakan uber ke airport. Sesampai KLIA2 around pukul 4.30 amik jetbus ke TBS, makan sikit, balik Kluang untuk sambung mereput cuti sem gua.
Uber = 97000 VND
Tiket jetBus = MYR11
Bas TBS-Kluang = MYR25
Makan = MYR 10
Feel free to watch our video. Weehooo
Sayonara Vietnam! See you Vietnam another time
p/s : The satisfaction you feel after achieving that which you desire is the best feeling ever.
No comments:
Post a Comment