Assalamualaikum. Aku tak tau. Aku tiba-tiba terbangun. Dan aku terus rasa sedih. Mungkin orang akan fikir aku too young nak fikir pasal hati dan perasaan. Perjalanan masih panjang. Aku malas nak dengar apa orang fikir boleh tak? Bukan kau yang rasa apa aku rasa. Apa aku bitau kat sini pun kau tak tau perkara sebenarnya. Cinta monyet ke apa. Apa aku kesah.
Before this, aku pernah kata aku takkan suka sesiapa lagi. Yess. Aku setuju dengan diri aku. Aku try untuk lupakan dia. Tipu kalau aku tak suka dia tahap cipan. Kau pun tahu. Tapi kau kata aku dah terlambat. Kau tahu tak betapa susahnya hati aku nak terima orang lain lepas kau. Semua orang cakap kalau aku dah jumpa orang lain yang aku suka, aku boleh lupakan aku. Ternyata tidak. Susah. Terlalu susah.
Saat kau hadir dalam hidup aku, terasa indah. KINI SEMUA CINTAMU TELAH PERGI MENINGGALKAN DIRIKU DALAM KEHAMPAAN SENDIRI. Hanya rindu yang aku dapat bukan cinta kau. Kau terlalu beerti dalam hidup aku. Saat indah saat kau bersama aku. Waktu kita berdua dan mewarnai dunia. Saat saat itu aku terkenang. dan aku ingin kembali.
Namun kini, aku sedang cuba sedaya upaya untuk buka hati untuk orang lain selepas kau. Sikit dah boleh. Sikit dah lancar. Tapi aku anggap dia kawan je. Ye aku pun tau dia dah girlfriend dan dia boyfriend orang. Mati aku kalau girlfriend dia tau. Aku selalu menafikan yang aku suka dia. Sebab A! la. Sebab dalam hati masih tunggu A!.Si kawan ni pun tau yang aku suka A! tahap cipan tenuk. Tapi aku sebenarnya dah mula suka kat kawan ni. Yang dia tau aku suka A! sangat-sangat. Tapi tu je cara tanak dia tau aku dah mula suka dia sikit. Haha. Dia ni biasa sangat orangnya. Entahla. Biasa sangat la. Kuat perasan tu la. Aku rasa dia special sebab aku tak pernah buat dekat lelaki lain. Dia special lepas A!. Hmm. Entah aku pernah bagi dia makanan. Dia sanggup amek makanan tu atau alahai even tiga ketul kek batik je. Tak pernah tau aku buat macam tu kat lelaki lain. Dia belikan makanan malam malam masa aku lapar. Dia la datang jumpa aku, sebab risau aku tanak makan. Cari aku. Ermm. Rasa terharu bila dia buat macam tu. Aku janji dengan dia kita kawan sampai bila bila. Dia tahu je kalau aku sedih ke apa. Tapi bila semalam dia tak tanya aku ok ke tak. Aku mula rasa risau. Aku risau dia nak lupakan aku macam A! buat kat aku. Aku tak sanggup macam tu. Sedih sangat tau. Tapela aku faham mungkin sebab dia nak girlfriend dia sayang dia kan? Aku ni sape je pada dia. :( Entah tapi sejak sejak ni. Banyak masa spent dengan dia. Hmm.
Kau tunjuk kat aku senyum kambing kau. Bila kau tengok aku, aku rasa nak buat kenduri. Bagi aku kau adalah segalanya. Bagi kau aku cuma teman biasa. Senyum dan gelak gila kau buat aku rasa bahagia sangat. Hati aku takkan berubah hanya kau saja. Bagi aku kau kurniaan terindah. Bagi kau bercinta memang takkan pernah. YOU ARE MY CRUSH MASIH RAHSIA.
note to kawan : Yes i admit I love you but who am I to make you love me back.