Singapore sudah, Thailand sudah, Indonesia pun sudah. Next?? Jeng jeng jeng
Hey Hey.
Assalamualaikum.
Amaran : This entry sangat panjang. Jangan mengeluh apabila sedang membaca. Tolong sediakan apa-apa seperti cucuk earphone dalam telinga dengar lagu ke buat air milo panas sebab takut membosankan.
This trip bermula dari 27th of February 2014 sampai 4th of March 2014. Kami memilih untuk backpacking sebab lebih thrill dan lebih jimat. Sebenarnya masih sebak untuk menaip sebab hati masih tertinggal kat sana. Huhuhu. Tapi aku masih tabahkan hati mencuba menaip setiap satu perkara yang berlaku dalam sepanjang perjalanan. Aku ni takde la backpacker sejati. Masih bertatih lagi. Krabi, Thailand merupakan destinasi ketiga selepas Bandung, Indonesia pada tahun 2011 dan 2013 dan Singapore 2014.
Hari pertama 27th of February 2014, Khamis.
Akula mula mula dari Kluang mengambil bas ekspres ke Johor Bahru (JB). Tiket dari Kluang beli on the spot takpe. Sebab tiket ke JB merata banyak. Turun kat Sri Putri tunggu akak aku untuk teruskan perjalanan bersama. Tunggu punya tunggu. Kat tiket bas pukul 7.00 p.m. At last bas datang pukul 8.00 p.m kat SRI PUTRI. Aku pun baru tau kat SRI PUTRI tu bole amek orang. So, maksudnya perjalanan kami (3 orang) bermula dari pukul 8.00 p.m. Bas yang kami amek ialah Bas Ekspres Konsertium *lebih kurang macam tula ejaannya. Bas ni berhenti kat banyak tempat rasanya, Kat YONG PENG, PUDU RAYA, TAIPING, ALOR SETAR, last berhenti kat BUKIT KAYU HITAM. Diingatkan bawak la bantal yang duk kena selit kat leher yang macam kalau naik flight tu. Sebab nanti sakit leher macam aku.Jangan lupa juga bawak travel charger.
Tambang bas dari Kluang ke JB : RM 10.80.
Tambang bas dari JB ke Hatyai : RM 85.00.
Hari Kedua 28th of February 2014, Jumaat.SAWADEKAPP. KAP. KAP
100 baht = RM1
Sampai kat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 7.00 a.m. Kat situ konduktor bas mintak passport. So bagi jela. Lepastu berhenti kat Imigresen Malaysia dan Thailand untuk cop passport. Perjalanan dah jauh, rasa lapar pun tak rasa dah. So kami decide taknak makan. Kalau dah sampai Thailand baru lah makan. Perjalanan dari sempadan Malaysia-Thailand agak jauh jugak dari Hatyai. Erm first tempat yang aku nampak Dannok, Sadao. Ah aku rasa tu dekat sempadan la kot. Sampai destinasi last bas tu kat dia punya pejabat Konsertium betul-betul kat depan Lee Garden Hotel *yang penah kena bom dulu. Turun je bas macam biasa la mesti ada yang offer naik pengangkutan awam kat sana. Masa ni aku lupa tengok jam tak ingat samapai kat Hatyai pukul berapa. Sampai je kami terus pergi kat counter Konsertium tu tanya mana nak dapatkan transport ke Krabi. Dia kata ada mini van akan hantar ke Krabi. Kami setuju nak naik mini van tu. Mini van sampai dalam pukul 11.30 *waktu Thailand. Sebelum tu kiteorang jejalan kat Bandar Hatyai. Tak jauh beza dengan Indonesia. Tapi bandar Thailand bersih tak macam Indonesia. Entah entah Malaysia pun kalah. Serious bersih, tak nampak pun sampah kat tepi jalan. Lepastu tak lupa beli sim card dengan plan internet untuk seminggu terus. Jangan lupa beli adapter. Yela setiap negara pin plug lain lain. Kuasa untuk charge ke apa apa pun lain. Tak akan sama dengan Malaysia. Ni antara pengalaman aku sewaktu backpack ke Bandung dan dipraktikkan kat Thailand.
Ok mini van tu pun sampai pukul 12.30 a.m. Mula mula kiteorang fikir nak naik bas. Tapi rasa macam tak nampak bas. Kira ok jela naik van tu. Lebih kurang pukul satu gerak ke Krabi. Perjalanan amek masa 5 jam untuk sampai. Agak jauh dan meletihkan. Sakit tengkuk. Bangun tidur bangun tidur tak sampai sampai. Punyalah lama. Nanti van ni berhenti kat macam R&R la. Van ni nanti akan cuba sedaya upaya penuhkan semua seats kat dalam ni. Huhu. Lebih kurang pukul 5.00 p.m sampai Krabi. Nanti ada reciption kat Krabi tanya kita dah book hotel ke belum. Kami decide nak hotel paling murah. Pastu dia offer penginapan paling murah iaitu ViewSon Guesthouse.And dia tanya untuk aktiviti esok hari dan seterusnya. Kami pilih aktiviti 4 Islands je dulu. Van tadi terus straight hantar ke ViewSon tu. Pergh pergh. rumah ni betul-betul depan pantai Ao Nang. Boleh je nak stay kat Krabi Town kat Krabi Town pun banyak hotel hotel budget ni. Tapi kiteorang fikir nanti bosan bosan bole pegi jalan jalan kat pantai Aonang. Sampai kat Guesthouse tu pukul 6.00p.m tak silap. Terus berlari ke pantai depan rumah jerit "DAH LAMA AKU CITE PASAL KAU TAU KRABI" . Condition bilik tu sangat selesa. Ada kipas *kiteorang malas nak amek yg air cond takut kena charge mahal, bilik air. katil peti ais. tv, almari, ampai baju, ada shower air panas. Tapi kiteorang duduk situ untuk 2 malam sahaja sebab nak tukar angin. Nak duduk yang dekat dengan kedai kedai sourvenir. Malam jenjalan. Tak mandi lagi sebenarnya tapi dah jalan cari makanan nak makan sebab kebulur sangat. Makanan halal jangan risau ada banyak. Harga standard la. Kami tak memilih untuk makan kat restaurant sebab takut mahal. Kami beli makanan kat gerobak gerobak tepi jalan pastu makan kat tepi pantai Ao Nang.
Van ke Krabi : 320 baht per person
Adapter : dalam 100 baht kot
Sim card internet : 490 baht
Guesthouse : 2200 baht for two nights for 3 person
Activity for next day (4 Island) : 500 baht per person
Makanan : 60 baht per person
Minuman : 30 baht per person
Tiket bas balik Malaysia (Hatyai - JB) : 850 baht
Masa dalam van, after sampai view kat Pantai Ao Nang when sunset.
Hari Ketiga, 1st March of 2014, Saturday.
Hari Sabtu, hari yang best. Sebab dah ada aktiviti apa nak buat. Jeng jeng jeng. seawal 9.30 pagi dah ada transport amek kami kat guesthouse. woot. woot. Ingatkan kami je rupanya ramai lagi mat salleh and aunties omputih yang naik. Yang bawak boat tu boleh cakap BM dengan fasih tanpa loghat Thailand. Dia tau Kluang kat mana. Aku pun rasa ragu-ragu dia orang Malaysia ke Thailand. Percayalah hanya kami sahaja yang bertudung. Huhu. Kadang kadang tengok diorang ni melting sangat. Rasa nak kahwin dengan orang bukan Malaysian pulak. Ok jangan lari tajuk nanti sedih teringat kat si Penang tu. Banyak aktiviti boleh buat sepanjang tu. Berhenti kat 4 pulau yang sekali tengok WOW! SubhanaAllah cantiknya. Naik longtail boat je. Rasa seronok. Ada snorkelling, fish feeding, main tepi pantai dan disediakan lunch makanan Thai. Huhu. Masa ni sangat seronok dan dah start rasa sedih bila dah pukul 3.00p.m sebab dah kena balik ke guesthouse. Pantai yang bersih dan cantik. Sangat ramai tourist yang hensem macam Edward Cullen. Ouch!. Masa kat boat aku rasa takut sangat takut ada Tsunami tetiba. Aku dalam boat pejam mata bila omabak dengan ombak membadai boat. Sampai mamat orang putih sebelah aku gelak gelak tengok aku. Malunya, Takpe ar bukan jumpa pun lepasni.
Ni contoh snorkeling yang dibuat oleh diorang tetapi bukan aku sebab aku tak reti berenang. Rasa loser sangat. Hmm. Kalau la aku ni tak pemalu mesti dah mintak sorang mat saleh tolong conduct aku turun kat air.
Aku suka gambar lompat macam si Nazim Othman tu.
Sampai last aktiviti balik dia hantar kat guesthouse tu balik. Mandi siap siap untuk malam. Malamnya macam biasa la. Cari makanan untuk dimakan. Dan dah start survey untuk souvenirs. Tu terpulanglah kepada diri nak beli ke tak. hmm. Kalau aku mesti la nak cari souvenir sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Banyak gila kedai massage. Kalau rasa tulang tu bila jalan rasa nak terkeluar boleh la pegi massage banyak kedai yang menyediakan massage. Nak haircut pun boleh. huhu. Facial massage pun ada. Memang sangat best Thai massage style diorang. Malam ni jugak pergi cari hotel budget lain. Last last dah macam nak patah kaki jumpa hotel budget iaitu POPEYE GUESTHOUSE. Memalam Sabtu ada Night Market. Terpulang nak pegi atau tak. Tak rugi. That's all for this awesome and unforgettable day. Nite!
Makan and minum : 100 baht
Souvenir : 1000 baht
Massage : 250 baht
Popeye Guesthouse : 700 baht one night for 3 persons
Mini van back to Hatyai : 350 baht per person
Hari Keempat, 2nd March 2014, Sunday.
Hari yang menyedihkan sebab esoknya dah kena gerak ke JB. Lupakan yang itu, Pagi pagi dah cari kedai ingat nak minum coffee pepagi cenggini. Satgi takde kedai yang dah bukak. Terpaksa makan maggi cup tepi Ao Nang Beach. Huhu. Mintak la air panas pastu makan tepi laut. Nikmati keindahan pagi. Gosip pasal orang orang putih kat situ. Huhu :) Jalan jalan balik sekali jumpa kedai halal yang dah bukak. Duduk duduk ada menu kat atas meja. Dah nak order dah. Lepastu rupanya tak halal nasib belum order. Order mango pancake. Sangat sedap moist moist gitu. Coconut shake dia pun sangat halus dia blend. Tengah hari cenggitu dapat coconut shake memang la tak hengat.
Bak kata akak aku, "Truly Backpacker".
Breakfast at Aonang Beach. The picturesque scenery at Ao Nang Beach.
Mango pancake. Coconut shake. For lunch.
Aku yang poyo, coconut shake and DOUBLE CHIN tak guna. Gahh. Fine!
Sampai kat ViewSon kemas kemas nak pindah Popeye Guesthouse. Tak larat la kalau nak bawak beg hiking tu jalan guna kaki sendiri. So decide nak naik motosikal yang ada org bawak tu. Tak tau nama dia apa.
Lepas pindah tu. Rest jap dalam bilik. Lepastu keluar cari souvenirs yang tak cukup. Lari kat pantai main pantai. Tangkap banyak banyak gambar. Rasa macam nak rakam setiap detik saat yang berlalu. Sebab terlalu indah. Dan rasa tanak tinggalkan segala kebohongan duniawi ni. But siapa kita nak stuck dekat moment yang indah jekan. Allah lebih tau. Last night kat Krabi sangat sayu dan luluh hati ni. Rasa tak sanggup nak back to reality. Not so dinner lagi tepi pantai Ao Nang.
Tamabang motosikal macam Angkutan Kota : 100 bath for 3 persons.
Makan and minum : 100 baht
Again souvenirs : 350 baht
Satu satunya ada orang tangkapkan gambar bertiga. Thanks a lot to Mr Lonely Solo Backpacker.
Last sunset at Ao Nang Beach. Luluh hati. Bye Krabi.
Malam tu keluar lagi saja nak tengok kehidupan malam after 9.30p.m. Kedai banyak dah tutup. Tapi kedai massage still tak tutup and makin ramai orang pergi massage. Then, banyaklah kupu-kupu malam bertenggek atas moto tunggu pelanggan. Lupa nak bitau. Kat Krabi ni guesthouse ada free wifi. So kalau nak online senang.
Hari Kelima, 3rd of March 2014, Monday.
Have to pack all the stuffs sebab bas ke JB pukul 6.00p.m. Dah kemas semua. Pagi-pagi pegi pantai lagi sebab nak habiskan sisa sisa waktu bersama Krabi. Van amek pukul 11.00a.m. Breakfast kat tepi pantai. Cari instant noodle kat Family Mart. Susahnya nak cari yang halal. Banyak yang campur dengan pork meat. At last jumpa jugak. Pagi-pagi pekan lengang. Tak ramai pelancong keluar. Yang keluar pun sebab dah ada aktiviti terancang. Huhu.
Instant noodle yang dicari.
Last breakfast. Hmm :/
Diorang yang diambik untuk ke aktiviti harini. Mungkin Phi phi island.
Menggatal jap dengan mat salleh yang ada.
Pukul 10.00 macam tu van dah datang jemput. hmm Bye Krabi. Headed to Hatyai. 5 jam yang membosankan dengan kesedihan. Kali ni satu van orang putih tade Melayu pun.
Aku rindu yang pakai key biru duduk depan tu. kawan dia lagi humble tak pakai selipar. Muka kawan dia macam Leonardo Dicaprio. Pergh pergh rindu siot kat dia. Bila lah dapat jumpa lagi. Sayang tade gambar dengan dia.
Pukul 5 macam tu sampai Hatyai. Jalan jalan kat Lee Garden yang tempat pengeboman berani mati tu. Pukul 6.00p.m bas ke JB dah sampai. Lagi sedih nak tinggalkan Thailand.
Breakfast : 50 baht
4th of March 2013, Tuesday.
Sampai JB dalam pukul 9.00 a.m. esoknya. Amek bas pegi Kluang pukul 9.30a.m. Sampai kat Kluang pukul 11.00 macam tu.
Bas JB-KLUANG : RM 10.80
SAWADEE KRABI!!!