Monday, 31 December 2012

Jangan Asyik Nak Main

Assalamualaikum.
Holla. Entri pertama untuk 2013.
Nampak tak betapa rajinnnya update. Okay sebenrnya malas. Sebab dah terlalu bosan. peace (Y). Well, SPM candy memang memanjang buzy. Study la konon. CHOI tangan ke dada mata ke atas. Ah kepada yang takde apaapa tu jangan asyik nak main salji je. Sekarang ni musim ribut salji. Terbang tak tauk. Akalah hai salji ape la sangat. Sebenarnya jelly tade salji. Yang ada air. Air banjir. Nah amek.

Haha, Harap tahun ni rumah tak banjir. Tapi kalau dah banjir, tenggelam habis, sampai ke bumbung. Aku harap tak banjir. Nanti macam mana nak. err. okay. tergantung di disitu. Doakan aku sentiasa aman di sana (hostel). Doakan aku tabah setabah Nabi Yusuf, agar aku tabah duduk dekat penjara(SASEM). Doakan aku jugak dapat straight A's+ dalam SPM tahun ni. Ya Allah, beratnya tanggungjawab aku tahun ni.

Erm, erm. #kuiskaki. Sebenarnya nak suruh tengok blog saya. Nampak lain tak. Hehehe. Edit sendirik tau. Eh kite dah 17 tahun la. Apa yang budak umur 17 tahun dah boleh buat ek? Erm, kawin.  K bye mengarut sudah.  Muah kiri. Muah kanan. Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Saturday, 29 December 2012

Saya Gembira Tengok Awak GHEMBIGHA -..-

Assalamualaikum.

Hehehe. Tadi jumpa dia. Wah! Kecomelan wajahmu sempurna pada pandanganku. Dia dah semakin tinggi. Dia keluar dengan parents dia rupanya, patut tak boleh lama beli barang sekolah katanya. *assalamualaikum pakcik makcik. Saya nak kahwin dengan anak pakcik makcik, boleh.? Ayah dia jawab, boleh langkah mayat aku dulu. Aku jawab, okey saya bunuh pakcik sekarang jugak. Saya tengok awak sihat. Alhamdullilah. Teehee. Kalau lah tadi dia nampak muka eksaited aku. kan best. Hurmm. Dah lama kita tak jumpa kan? Bilalah agaknya boleh jumpa lagi. Nasib jugak sekejap je. Dia takdelah tanya result.

Aku gembira bila tengok dia gembira dengan life dia. Aku suka bila tengok dia tu macam tak bape nak sosial hot. padahal rupa dia tu hensem. Aku happy bila dia tak reti sangat onlineonline ni. Aku happy bila aku tengok dia tak malu keluar dengan parents dia. Lelaki selalu mana suka kan. Aku suka bila dia independent. Jujur, aku memang suka dia tapi takdela kemaruk nak mampuss. Sekadar sukasuka. Tapi takdela maksud hati kita ni perlu bersatu. Sekadar suka sebab dia dah memenuhi harihari aku dengan wajah dia yang sangatttt cutee. Ta jemu pandang. Tak nak letak harapan tinggi, nanti kalau jatuh terlaluuu sakit.

Tapi aku tau, macam ni susah nak cari. Aku sedar aku siapa.  Lepas tu ramai yang chop nak macam ni. Tapi aku yakin dengan takdir Allah. InsyaAllah. Dia, maafkan aku kerana aku dah meminjam wajah dia mengisi kekosongan hati. ♥ Hagemaru.

Pray for me and him in SPM ya! 9A+ amin. Study lebih lagi Fatehah. Dia tu pandai. Kau kenalah sama dengan dia.Okay, sekarang aku nak focus study untuk SPM.

note : sori tade gambar pun. -..-

Friday, 28 December 2012

♥ RUNNING MAN

Running Man - Suk Jin, Haha, Gary, Jae Suk, Ji Hyo, Jong Kook, KWANG SOO.

Assalamualaikum, Hi
Alhamdullilah. I'm still alive this day. How's world? Is it fine? My head is totally mess up with all the formula, equation of chemistry. Gah. ! fine. So, the solution is watching Running Man. :DDDD

Nampak tak yang kat atas tu. Cool tak? RUNNING Man. Teehee. nama korea ni pelikpelik. Jangan tanya kenapa. sebab takde jawapan untuk itu. Ekceli aku dah terjebak dalam kancah Runnuing Man ni sejak taun lepas. dari mulamula Running Man. Hahah. Sampai sekarang da episode 100 lebih. setiap episode dia ada je bahan gelak. Aku tengok tak behenti gelak. Bagi aku, semua benda yang diorang buat lawak nak mampuss. Diorang tu tak kesa kena buli, pelukpeluk, comot, hodoh muka yang penting diorang dapat habiskan misi diorang. Lagilagi tambah dgn sound effect dia. lagi tambah lawak doe.

Jujur aku cakap orang yang mulanya tak suka kpop akan jadi suka bila tengok Running Man. Dah ramai kawan aku macam tu. sebab tu No wonderlah, running man ni bawak fenomena besar. aku tak suka orang yang cakap menyampah, benci kpop tapi tengok Running Man tak behenti. Phewww. Menyampah. Tula orang cakap, jangan terlalu benci nanti jadi suka. See, penangan running man power kuasa 10. Dalam running man ni, setiap orang ada character sendiri. macam kartun. bak kata akak aku, diorang ni macam cite kartun.

Character :

Jong Kook - sparta kook. commender, tiger, The Capable One, Trainer Kook, Kim Kook Jong, Kookie ~♥^^ #konon comel la nama macam tu
Jae Suk - Grasshopper, Yoo Hyuk, Yooruce Willis, Yu-mes Bond, Nation's MC, Dumb
Suk Jin - Big Nose, Easy Brother
Ji Hyo - Ace, Blank Ji Hyo, Song-Ji Yok, Mung Ji Hyo
Gary - Monday Boyfriend, Peaceful Gary, Ga-colas Cage, talking nonsense#tak sure
Ha Dong Hoon - Ha-rad Pitt, Haroro
Joong Ki - Flower Boy Joong Ki, Brain Joong-ki, Ambitious Joonki #sadlife dia dah takde dalam RM. He left Running Man on Episode 42 to focus on his acting career.
KWANG SOO - Incriminating Kwang-soo, Gwang-vatar, GIRAFFE Gilin#dalam korea

lawak gila episode 117. Haha dgn Kwang soo masuk kelas. nak cari budak yg disuruh carik tu. Pastu diorang saje mainmain name binatang. Haha tanya kat budak dalam kelas tu.

HAHA : Duck
Budak : Quack, quack
HAHA : Bird
Budak : Chirp, chirp
HAHA : GIRAFFE
Budak : Betray, betray
KWANG SOO : Haiiiiiishhhhh #style kwang soo

Kwang soo episod mulamula selalu kena buli, sekarang ni dia la icon of betraying in RM. hahah..
Moh le kita tengok variety show RUNNING MAN.

Monday, 24 December 2012

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Saturday, 22 December 2012

Kan Best Kalau

Assalamualaikum, hi!

AMARAN!
Jangan baca entri ni sebab dengan membaca entri ini anda akan mati kebosanan seperti saya. Saya sarankan jangan baca.

Tehee takdela. nak baca-baca jelah. Tade benda pun. Cuti sekolah kan memang best. Walaupun bosan, tapi duduk asrama 10000x bosan dari rumah. Sape yang benci duduk asrama, angkat hidung. #ghairahmasing-masingangkat hidung.

Saya tak suka duduk asrama sebab. satu, saya tak bebas seperti di rumah. Rasa macam penjara. Dua, saya tak suka dikongkong macam tentera. Tiga, saya dipaksa belajar. Empat, saya terpaksa pura-pura saya suka duduk asrama. Sebenarnya tak pun. Empat, saya tak boleh tengok pakwe saya hari-hari. saya bosan tanpa ketiadaan dia. Oh Abam! .#satgi mati kena hempuk dengan isteri dia. Maafkan saya.

Then, saya tak suka asrama sebab. Nanti saya tak dapat nak editedit gambar. Edit gamba la yang saya selalu buat. Walau macam mana pun. saya mesti nak buat. Hobi agaknya. huahua. nanti dah balik asrama tak dapat la nak edit.
kami buddyz, kami takkan terpisah

Saya juga tak dapat nak dengar lagu-lagu baru. Saya tak kisah kalau tak dapat online segala social networks. Saya kisah kalau tak dapat nak dengar lagu Sadlife :(. Kenapa tak boleh bawak mp3 pergi asrama. Aku pelik. Kalau saya jadi guru besar, saya tak kisah korang nak bawak ke tak. Janji rock.
Ni antara lagu yang saya asyik ulangulang. Nananana everyday like my ipod stuck to replay.

- Maroon 5 Daylight
-Paperplane Pursuit Everybody Wants Somebody To Love
- Backstreet Boys I Want It That Way // Shape Of  My Heart
- Farique Nadzir Hanya Aku Cinta Kau Seorang
- Jonas Brothers Love Bug
- Plug In Stereo Oh Darling
- SS501 Because I'm Stupid
-Infinite Cover Girl
- One Direction Nobody Compares // Little Things
- Falling Slowly
-Dance With My Daddy
-Green Day Oh! Love
- Enrique Iglesias & Dev Nakeed

when music on, world off. that's for sure.

Wednesday, 19 December 2012

Giveaway by Shazwani and Amira

Assalamualaikum, hi. Harini saya join giveaway kakak-kakak comel di atas. Hihihi.. Saya pun blogger baru.

Jenis blog saya ialah classic.
Ni ada gambar belum edit. Nah.

Peace No War ._.
I'm Malaysian.

K bye! nak buat homework Chemistry yg berlambak tu . sadlife. :(

Sunday, 16 December 2012

Entri Lebih Memaafkan :)

Assalamualaikum. Holla! Annyong

I'm back. Rindu tak. Mesti kan. Tak banyak sikit. -_-

Few days ago, something bad happened. seriously, acting cool to hide all the pains I  felt inside. That day, all my updates mentioned him. Aku masa tu gila benci kau tahap dewa gaban punya lah. ceit konon. I already expected this will be happened.  Aku memang dah agak dah. Padahal kau baru kenal dia sekejap je. Tak tau la.  Macam mana kau boleh syok sendiri. Dah tu gatal-gatal main sayang. Cakap je single tapi hati dia tu Playboy. Lepastu, belum declare lagi dah cakap cinta ku ditolak. Memang la ditolak, kau tu tah apa-apa. Tak kenal pun sebenarnya. Masa tu aku rasa happy sangat sebab kau kena reject. Bia kau rasa balasan Allah kat kau. At the same time, aku sedih juga. Aku taknak benda tu jadi lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Aku rasa susah nak maafkan kau. I wasn't ready to forgive him for hurting me.

IT'S REALLY NICE. Nampak tulisan tu. Yeah, It's really nice if we can forgive others faults. "Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future." - Paul Boese. It's really nice. I realize that forgiving someone who has offended, betrayed and harmed is an exceedingly difficult task. When I choose to forgive someone who had badly hurt me, it took all my strength. The turning point of me to forgive you is when my friend realize of awful of me. She concerned and convinced me that the only way I would find peace was to forgive and let go of  the injustice and desire for the person involved to apologize to me for what he'd done.     

"Haih takbaik gtu.klau maafkn.msti lg tenang" - this is the phrase from my conversation with my friend who made me realize that forgiveness is the one noble action that all Muslim do. Islam also teaches us by presenting the Prophet Muhammad SAW is an example of someone who would forgive others for their ignorance. It can be found in the Hadith. The moment Allah gave me the grace to forgive him with all my heart and soul. Sincerely. I thought it was the unforgettable experiences of my life. I feel more lighter. I'm not saying this method can help us but for me it's worth it. It's sure help me. To my friend, thanks for opening my eyes.

" Love the creatures for the sake of God and not for themselves. You will never become angry or impatient if you love them for the sake of God.
Humanity is not perfect. There are imperfections in every human being, and you will always become unhappy if you look toward the people themselves. But if you look toward God, you will love them and be kind to them, for the world of God is the world of perfection and complete mercy. Therefore, do not look at the shortcomings of anybody; see with the sight of forgiveness."
`Abdu'l-Bahá, The Promulgation of Universal Peace, p. 92

Love can be cultivate. I have to believe the destiny that has been written. I'm trying not to afraid losing something special in my life especially my love towards guys. Just do love Allah always, Allah will send that is never be replaced again. Love someone because of Allah is more giving meaning in my life.I just leave the rest to Allah. I'm now trying to be a good Muslim. amin!
                               .                                                                                                         

Saturday, 15 December 2012

Contest Header/Blog Comel

Assalamualaikum , Hi.

Saya suka blog creamlovebunny kerana blognya yang simple. Then, ringan nak buka. Tak menyusahkan readers nak buka. Cara penulisan blog awak yang sangat bersederhana menyebabkan saya lagi suka blog creamlovebunny. That's all.

Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam :)

Tamat tempoh - 25 Disember 2012

Tag friends

Iman

Medd

Izza

Thursday, 13 December 2012

RASAKAN!

Assalamualaikum.

Nampak tak tajuk entri kali ni. AKU BENCI KAU LA GILA! HAHAHAHAH. Mula-mula aku malas la nak tau pasal kau lagi. Tapi keadaan memaksa aku untuk tau. Itu lah yang kau dapat. Allah tu Maha Adil. Aku tersenyum masa tau cinta kau direject. Perangai kau tu pelik. Sebab tu orang tak suka dengan kau. Reject kau mentah-mentah. Padan muka sekali lagi diucapkan. Sejak tau perangai kau yang sekarang, aku terus benci kau. Alhamdullilah aku dah berjaya benci kau. Apa yang kau rasa, itula yang patut kau dapat. Lenkali jangan la buat lagi ea? Menipu je kan. Aku percaya kata-kata kawan kau. Meskipun pahit untuk aku telan. Tapi aku cepat-cepat la minum air. Hilang pahit tu. Ada pepatah yang aku copy dari kawan aku. Hipokrit.

You treat me like a queen, I will treat you like a king. Treat me like a game, I will show you how to play.

Wednesday, 12 December 2012

Wordless Wednesday: 12.12.12

Assalamualaikum

Hoi!

Saja-saja nak update. Bosan sangat. Tarikh harini lawa. Tahun depan dah tade. 12.12.2112 adela. tapi aku rse mse tu aku dah meninggal da nak tunggu tarikh tu. Aku benci benci benci. kat kau. Riak sangat. Aku serahkan semua ni pada Allah. Satu hari nanti Allah tunjukkan. InsyaAllah. Amin! That's all.

Sunday, 9 December 2012

Semua Berjalan Dalam KehendakNya

Hey you , no no not you orang belakang awak tuh

Malam-malam ni dok layan lagu-lagu jiwang. Sedih pulak rasa. Susahkan nak buat orang sayang kita macam dulu. Err... Paham ke? Maksudnya susahkan nak buat orang yang kita sayang sukakan kita balik. Memang susah jugak untuk lupakan orang yang kita sayang. Apalagi kalau orang tu pernah berjaya ambik hati kita yang tak sebesar mana ni.

Err, dah pukul 12.45 a.m. Apa ni. tak tidur lagi. Masih memikir cari idea untuk update blog ni. Kenapa lah aku ni. Kenapa dengan hati aku ni. Kenapa? Haih. Dia dah mai dah. Sekarang ni aku senang sangat tacink. Aku tahu orang tak pernah faham dan takkan faham apa yang aku rasa sekarang. I HATE THIS PART ACTUALLY.  Kadang-kadang aku benci dengan hati ni. Tumbuk bertubi-tubi tanpa henti. Oi semput. Walaupun aku dah belasah habis-habis, tapi aku tetap Loser. 

Jika dengan semua ni boleh buat aku bahagia, kenapa mesti derita yang aku rasa. Huh =="  Menyakiti aku lagi. Kenapa dia tak rasa bersalah? Kau hadir tanpa aku sedari lalu mengisi kekosongan hati. Mengapa tangan kau lepaskan setelah hatiku kau tawan? Persoalan yang ligat bermain di fikiran. Susah sukakan orang yang tak sukakan kita. Melainkan ingin meluahkan rasa. Tapi itu kadang-kadang menyakitkan kita. Memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kalau orang tu tak sukakan kita, kita buatlah baik macam mana pun. Dia tak pernah nampak kita walaupun 1000 tahun lamanya. Dia hanya nampak orag yang dia suka je. Perasaan ni sangat erghhh! Tapi sekarang segalanya rumit. Hanya sebelah pihak je yang berusaha. Sedangkan siapa yang menagih pada awalnya? Kalau bukan awak. Manusia cepat melupakan seseorang. Cepatnya dia lupakan aku. Entri ni memang untuk dia.  Ayat "saya bahagia". Tu ayat nak sedapkan hati. Luaran nampak bahagia tapi dalaman belum pasti.  Rindu tu datang tiba-tiba, aku pun mulalah ingat kenagan lalu dan cuba menggembirakan diri sendiri. Seolah-olah dia masih hadir dalam hidup aku

Hakikatnya, dia dah lupakan aku. Hati dia dah pun berubah. Dia dah pun ada pengganti. Dia dah ada kebahagiaan dia sendiri. Dia dah TAK PEDULI. Ya Allah, kenapa hati ni degil sangat, masih nak terus mengingatnya. Ya Allah bantulah hati aku. Aku masih muda, masih ada banyak benda yang perlu dilakukan buat masa hadapan. Hati ni dah penat nak mempertahankan apa yang aku punya. Tapi rasa benci tu tak pernah sikit pun dekat kau dan buang kau hidup-hidup. 

Nak ke tak nak ke. Takde pilihan tetap kena lepaskan kau jugak. Allah je yang tahu betapa hebatnya aku berperang di saat terpaksa melepaskan kau. Mencuba bertahan sekuat hati melepaskan kau seikhlas hati. Meskipun aku tau kau single. Tapi single kau tu tak bagi makna apa-apa kat aku sebab kau dah ada someone else kat hati kau. Cakap je "Ada kekasih tapi takde kredit, itu sedih. Ada kredit tapi takde kekasih, tuu lagi sedih." , tapi tak msg pun aku. Lepastu, update ni pulak "Manalah kau ni?". Propaganda kau memang melebih ek?. Tu je yang kau tau. Eee geramnya aku dengan kau  Tapi aku ingat lagi ayat last kau "daripada kau penat2 jauhkan diri dari aku, lebih baik aku yang jauhkan diri dari kau. Lagipun yang salah tu aku. Walau hati ni berat, tapi biar kau tenamg tanpa kehadiran aku. To forget you, I'll try to hate you."

Mungkin ni buat aku sedar yang takde yang lebih bernilai melainkan cinta daripadaNya dan kepadaNya. Apa?? Apa? Cara nak lupakan dia. Okay aku cuba. Aku cuba untuk tak ingat kat dia. Aku terasa macam orang bodoh bila aku asyik ingat kat kau tapi kau entah-entah tak pernah ingat kat aku langsung. NOL. Aku cuba ingat segala kejahatan yang kau buat. Macam.. kau korek hidung lepastu selet taik hidung tu kat aku. Ok hati aku sakit. Aku benci kau. Aku tau nak buat bukan senang. Aku akan cuba jugak. Aku bukan yang cepat mengalah macam kau tu. Reda tu ikhlas, pasrah tu menyerah. Pasrah aku dengan kau ni.

Aku mungkin seperti pelangi, hadirku tak pernah diundang, hilangku tak membawa apa-apa tapi mengenalimu satu anugerah yang berharga daripada Yang Maha Esa

Thursday, 6 December 2012

Ya Allah!

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg 

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles
ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

Tuesday, 4 December 2012

The Man I Love The MOST ♥

Gambar ni sebijik macam aku dengan ayah masa kecik-kecik. Dengan spec tu alahai..
Ayah gendong aku letak atas bahu. Lepastu bawak jejalan.

Assalamualaikum, salam

Hi readers, Okey, mulut diam, mata diam. hanya hati dan jari jemari je yang bergerak menari. dengan gembiranya.. Weheeee ;) Bila jari-jari dah menggedik atas keyboard. Ape pon tak boleh. -_-

Suka video ni.

Tiba-tiba teringat masa kecik-kecik. Rindu ayah. Rindu ayah bukan sebab ayah pergi mana. Bukan. Rindu masa ayah dengan kita rapat. Masa kecik-kecik, kita rapat sangat dengan ayah. Apa semua ayah. Ayah selalu main dengan kita. Main hujan-hujan duduk bawah selimut. Sebelum tidur nanti mesti ayah ceritakan kisah nabi, malaikat, Allah Wak Ros *jiran depan rumah. Hahah kelakar sangat. Ayah cerita pasal dia punya rice cooker. Itu pun boleh jadi bahan ketawa. Kalau ayahlah.. Lepastu kalau malam-malam takut nak keluar rumah, ayah gendong letak atas bahu dia. Bestmya masa tu. Ingat lagi kalau kita takut tidur sorang-sorang kita mesti lari tidur sebelah ayah. Sampai nak pilih nama adik pun nak dengan ayah masa tu *Sofia Maisarah Hmmm. Rindu ayah. Bila dah besar ni jarang sangat berbual dengan ayah. Lagipun ayah selalu tade kat rumah. Rindu ayah. Dulu tak rapat pun dengan Mak. Kita rasa Mak garang sangat masa ajar kita baca Al-Quran, ABC mengira membaca. Tapi bila dah besar, Mak lah geng kita bercerita, luahkan semuanya dekat Mak. Ayah pulak yang kita tak rapat.

Ayah la SUPERHERO

Terjumpa gambar ni masa kemas-kemas laci. Masa ni ayah masih kerja dekat Singapore lagi. Masa ni ayah gila scrambler #skrg suka tapi dah kurang. Huhuh rock gila lah. Baju tuh. Fuyooh.

You don't know how important you are to me and I'm so afraid to lose you. I'm thankful and truly blessed that I'm born your daughter. The most I could do is I pray Allah will grant you a good health and happiness in the coming days. Get His blessings in whatever you do in your life. Ayah, someday I may found my prince charming, but Ayah will always be my king until Jannah. InsyaAllah.

Semalam aku geram dgn sorang kawan aku ni. Dia ni cepat sangat give up dengan aku. Tapi bila dia cakap dia rindu arwah ayah dia. Aku rasa kesian pulak kat dia. Hmmm. Aku ni mudah sangat kesian dekat org. Disebabkan tulah datangnya idea nak menaip pasal entri ni. Aku makin stress dgn kawan aku ni. Pening bila fikirkan kawan aku ni. Dahlah aku nak lupakan semua pasal dia. Pasrah aku dengan kau ni. Aku akan cuba try, test. Huh ==" *okay perenggan ni hanya kudap-kudapan sahaja.

Masa kecik-kecik ayah suka tanya kalau kita dah besar nak kahwin dengan sape. Kita selalu cakap kita nak kahwin dengan ayah. Sebab masa tu kita tak kenal lelaki lain selain ayah. Alahai sweetnya.

note : ayah hero sampai syurga ♥

Friday, 30 November 2012

1.12.12

hangeng. maigod -_-

Assalamualaikum
Hi tampanss dan cantikss

Hahai Tengok calendar. Apa? Dah bulan Disember. Lagi bape hari nak 2013. tahun depan saya dah 17. lagi 3 tahun 20.  : 0 Eee pelik je dah 17. Nyanyi lagu Baby Goodnight pun salah lirik. Sat lagi B1A4 semua ketuk-ketuk kepala aku. Aku taknak.

Umur 17 bukan SPM ke? What 2013 SPM? *mukatenuk. . Oh no! Aku sedang bermimpi di pagi hari ke ni?  buat muka ginik -_-. Muka mati hidup balik. Oh mann! Bila fikir-fikir SPM ni. Kepala jadi pening. Aigo. Dah la banyak kena catch up. Banyak lagi tak faham. Tak tau la aku setahun ni pergi sekola belaja ke buat bodoh. Suka tido je dalam kelas. Gaduh-gaduh manja dengan cikgu. Nama je sekolah SBP. Teruknya Aku!

Hahai kat sekolah dah tak boleh nak main-main lagi. Dah tak boleh main ketuk-ketuk kepala kawan. Itu namanya extreme. Azam aku cuma nak jadi manusia lebih berguna daripada sekarang. Tak sangka aku dah bernafas dekat bumi ni dah 17 tahun. Huhuhu *mukaslamberbadak. Apa yang penting kerjasama tahun depan SPM.

Ha. Kepada 2012 SPM candidates. Good luck. Aku tau korang boleh. Yeah. Meh goyang kaki sambil tangan melambai bersama saya. Mari bernyanyi bersama saya
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Oh sebelum terlupa. Eh budak atas ni. Gud luck SPM. Aku tau dah terlambat nak wish. Tapi masih boleh kan. Khairul? Hahaha. Eh nanti lepas SPM dah kaya jangan lupa aku. Jom la main edit-edit gambar lagi.
Eh nak buat homework Fizik 5.12.2012 ni nak kena pos da. Hadoi

Sekian,
Daripada Penulis Yang Disayang Tuhan

Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday : Hang Out With Friends ._.

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Sunday, 25 November 2012

You're You and I'm Me

Sad life :( Aku nak balik zaman tu. Zaman di mana aku tak sunyi. Huhuhu :(  Tetiba teringat kisah dulu-dulu. Huhuhuhu. Kenapa la benda tu tak berlaku sekarang. Aku tak rindu kau pun. Ha tu tipu punya statement tu. Gila tak rindu. Sampai sekarang aku simpan lagi gambar first kau mms aku. Masa tu muka kau tak matured lagi. Comelnye. Kau send aku siap-siap sekali dengan nama MR. Blabla *biarlah rahsia nama dia. Haih MR. tu nak jadi MR perfect aku ke. Takpun kau nak aku jd MRS. nya. Alahai. Masa tu fikiran aku tak macam sekarang. Hurm. Aku ingat lagi masa aku belum ada henpon yang bole mms, kau dah ada. Kau nak send gambar kat aku masa tu. Tapi aku cakap tak boleh. henpon aku ada colour je. Tapi tak boleh mms. Kau tanya Myspace aku. Aku cakap aku tade Myspace. Lagipun tak pandai la internet-internet ni. Yang pandai akak aku je. Aku pon bagilah MS akak aku. Kau add akak aku sebab kau nak tengok gamba aku. Kau cakap aku comel. Huhuhu. Masa tu FB mana ada. Main Myspace je.

Facebook: What's on your mind?
Twitter: What's happening?
Myspace: Where did everybody go? -_-
Kau ajak jumpa. Pada aku masa tu yang baru jek form 1, isshhhh liar gila mamat ni. Masa tu dia da form3 da besar la jugak. Kau kata nak tengok dari jauh. Aku tak nak. Macam-macam alasan aku bagi. Mak tak bagi la. Sampai kedai topup roboh pun jadi alasan masa tu. *nampak tak betapa sucinya aku. Huhuhuhu. Lama jugak kau text dgn aku hampir 3 tahun lebih. Aku pun tak tau apa yang ditanyakan setiap hari text. Mesti topik yang sama je.
WS : Assalam, Hi, tengah buat apa?
AM : Wasalam, tengah buat bodoh. tapi pandai sikit.
Dulukan suka kumpul banyak-2 mesej yang macam comel-comel. Sampai satu hari kau bagi mesej macam ni.
evEn kTe aDe kpeL tP kwN stiL pLg Stia, evEn kTe bYk hRta, kwN Stil pLg bHrga. bg mSg ni kT kwN2 Yg Awk sYg, tMsk Sy kLu aWk sYg Sy, wAit n C bRp oRg y sYgkn Awk...
Lepas kau bagi msg ni. Aku terus marah kau. Tapi aku tak ingat aku cakap apa sampai kau merajuk. Aku pun tak pujuk.  Sekarang, bila aku teringat kau aku. Honestly, aku rindu kau. Kenpa dulu kau give up cepat sangat. Kau sepatutnya tunggu aku lagi. Masa tu aku kan tak matang lagi.

 Lepas kau update status macam ni : Single bukan sebab tak laku tapi kerana cinta Allah lagi layak dijaga buat masa ini. :) and I want become a great SUPERMAN for my lovely SUPERWOMAN but until now I don't know who my lovely SUPERWOMAN. I will continue to search and search to find my lovely SUPERWOMAN. InsyaAllah, aku terus rasa nak tau pasal kau setelah lamanya kita tak contact each other. Ya Allah kalau kau online. Muncul dekat news feed aku. Rindu gila dekat kau. Sayu je hati ni. Tapi sekarang kau abaikan aku. YOU TREAT ME JUST LIKE ANOTHER STRANGERS. Tapi kenapa aku still berharap dekat kau lagi. Aku tak reti la. Ea apa yang aku taip ni. Nak buat macam mana jari aku dah tertaip. Da rakdir. Reda jela. Aku rasa dia mesti dah tak ingat aku lagi. Sad life ;( . Dan dan aku tak rasa dia baca entri ni. Sad life :(.

Wednesday, 21 November 2012

Kasihan Dia :(

Assalamualaikum.

Tadi masa aku otw balik. aku nampak ada anak kucing kena langgar. Ya Allah kesiannya kucing tu. Walaupun aku ni bukan la minat sangat kat kucing2 ni. tapi aku masih ada belas kesian kat benda hdup ni, Mula-mula aku dengar ada bunyi. aku tengok dia kena lenyek dengan kereta. Nyawa-nyawa ikan dah dia. #aku tak reti nak explain kucing bernyawa ikan. Arghh apa-apalah. Pastu aku terus ambik kucing tu aku letak kat tepi. Aku taknak dia nanti kena langgar lagi dengan kenderaan lain. Aku kesian sangat tengok. Aku nampak dia menggelupuh, pastu darah terpancut-pancut keluar dengan mata dia macam nak terkeluar.. Aku tengok rasa nak menangis.

Kucing aku mintak maaf, aku hanya dapat letak kau kat tepi je. Tu je yang aku mampu buat. Maafkan aku ya Allah. 

Entri ni aku bukan nak orang cakap "eleyh hai, nampak kucing kena langgar pon nak update". Please don't say that.

Sunday, 18 November 2012

HH Ajak Kenal Blogger Baru

Assalamualaikum Hi readers yang kacaks dan jelitas.

Hikshiks :) Hai hai hai hai semua. Adakah anda sihat di hari yang ceria ini? Cuaca hari ni sangat baik. okey tipu Pagi yang gelap belum terang-terang lagi. Hehehehe *evil laugh sambil angkat kaki. Ni first time join segmen. Tepuk tepuk tepuk *gaya Dora. Segmen HH Ajak Kenal Blogger Baru. entri tu dibuat oleh
http://www.hasrulhassan.com/

Nak join segmen ini ....apa perlu anda buat:

  • Buat entri dengan tajuk: HH Ajak Kenal Blogger Baru
  • Entri tersebut mesti ceritakan mengenai tujuan anda berblog, apa yang anda tulis dalam blog, sejak bila anda berblog dan apa jua yang ada kaitan dengan blog anda .... tak perlu letak citer artis lepak blog anda atau anda sebenarnya seorang selebriti .. tu tak perlu. Cukup hanya cerita anda sebagai blogger dan blog anda sahaja ye. Tak lebih dari 100 patah perkataan ... sapa lebih .... HH akan sebat dengan bulu ayam togel!.
  • Pastikan paparan ini diletakkan di blog anda itu dan link ke entri ini:

Sumber Asal: Segmen | HH Ajak Kenal Blogger Baru | HASRULHASSAN.COM http://www.hasrulhassan.com/2012/11/segmen-hh-ajak-kenal-blogger-baru.html#ixzz2CdZkVv9L
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

  • Pastikan paparan kat atas tu diletakkan di blog anda itu dan link ke entri ini:
  • Dah siap entri anda itu, maka tinggalkan url entri anda di ruangan komen, HH akan terbitkan atau approve komen setelah HH jejaki blog dan jadi follower atau jadi rakan blogger anda.
  • Penyenaraian akan dilakukan oleh HH dalam satu entri bertajuk - Jom Kenal Blogger Baru yang akan HH terbitkan setelah selesai segmen ini.
  • Kemudian, anda dinasihatkan untuk menambah kenalan blogger anda samada dengan menjadi follower blog-blog yang disenaraikan, jadi 'peminat' di fanpage atau menjadi rakan maya di laman Facebook... terserah.
fatehahjamil.blogspot.com

okey blog ni dah bernyawa setahun. kenapa saya berblogging. Most times, my thoughts come out better in writing than they do when I speak. (: Kat blog ni ajelah saya boleh pok pek pok pek, kalau in person jangan haraplah.
Then, sebab senang saya nak post-post gamba yang ala-ala photography yang saya edit sendiri, semua ni demi cita-cita nak jadi fotografer + IR. InsyaAllah.  Nak jadi famous macam matluthfi, aizul marcello. eh tade la tipu je. There's no point of being famous.

(73 patah perkataan)

meh la join :) Ok bye