Tuesday, 12 April 2016

Backpack To Sabah 2015

Assalamualaikum.

Here we go, before sambung degree. Aku ada la jugak nak rasa backpack. Setaun sekali takpe. Hahahaahaa. So, kali ni. Aku and ma travel buddies pergi ke Kota Kinabalu, Sabah. Macam-macam halangan sebelum departure. Tapi kiteorang cuma kerinngkan hati dan pergi je. And last kiteorang sampai jugak ke negeri di bawah bayu ni.

Hari Pertama (15 Ogos 2015)

Kieteorang naik flight dari Senai Airport. Booked tiket seawal bulan Januari. Awal gila kan? Pergi balik cuma RM 60 je. Apedehal. Lepastu, flight kiteorang pukul 6 pm. Sampai je KKIA (Kota Kinabalu International Airport) JHB-KK sampai dalam around pukul 9 lebih, sampai terus contact kereta sewa yang kiteorang ada booked masa kat semenanjung seminggu sebelum pergi. Sesampai je di KKIA (Terminal 2) kot terus jumpa brader kereta sewa then WAZE terus ke hati awak. Eh takdela waze Hotel Iskandar. Hotel pun da booked awal. Sampai hotel, siap siap semua terus pergi makan. Lapar tak makan dari pagi. *nangistepigerobok.

Kereta sewa (15 Aug - 18 Aug ) : MYR 300.00
Hotel Iskandar 3D2N : MYR 240.00
Makan : RM 9.00 (campur beli roti dengan jem)
Minyak kereta : RM 20.00

Hari Kedua (16 Ogos 2015)

Destinasinnya ialah Jasselton Point. Dekat je dengan hotel. Tapi guna waze sampai sesat pusing banyak kali roundabout yang sama. Dekat Waterfront ni bole sewa bot dan bayar untuk package aktiviti air yang korang nak buat masa dekat tour pusing pulau tu. Kiteorang tak buat apa pun aktiviti sebab nak bajet. So cuma bayar duit bot yang bawak pergi pulau-pulau tu je. Sangat hambar ye kawan kawan kalau pergi tak buat apa apa. Di sini ingin dinasihatkan bahawa pergi pulau buat la aktiviti like parasailing ( MYR 90.00). Siap semua tour hampir pukul 5 petang jugak la. Lepastu balik hotel dan tidur sebabnya malam nak pergi beli souveirs. Yeah! Kalau nak beli souvenir kat Pasar Philippines ni pergi siang sebab banyak kedai tutup malam. Pastu kalau nak makan dekat gerai gerai tu cari yang bersih bersih sikit.

Destinasi : Pulau Mamutik

Destinasi : Pulau Mamutik
(Captured by me)

Travel buddies <3


Destinasi : Pulau Sapi

Ni kot yang Waterfront nya dekat Jasselton Point.

Sewa bot : MYR 25
Souvenirs : MYR 40.00
Makan : MYR 7.00

Hari Ketiga (17 Aug 2015)

Seawal jam 7.30 pagi dah siap nak check out hotel sebab nak pergi Ranau, Kundasanag. Weeee. Sebelum straight ke Kundasang, pergi la kat Rumah Terbalik Sabah, rumah terbalik pertama kat Malaysia kat Tamparuli. Then, teruskan perjalanan ke Kundasang sebab dah booked Kiram Village. Hiks. Jalan dia mencabar sangat ya. Ha. Dengan cuaca sejuk dan nyaman. Singgah la kat Kinabalu Park. Tapi hujan, takde aktiviti dapat buat sangat. Sempat singgah dekat Desa Cattle Dairy Farm. Dekat farm ni view lawa gila macam dekat New Zealand dengan lembu-lembu susu tu ha. Lawa kot. Haish. Sayang hujan waktu sampai tu. Then da puas bergambar pergi la cari tempat isi minyak, tau tak tempat isi minyak macam bangsal dalam cite cowboy tu. Gunalah waze, mula mula macam biar betul waze ni ikut kanan la belok kiri la then sampai destinasi macam terkejut. Hahahaahahaa. Tapi even macam bangsal, betullah tu stesyen minyak dia. Hahahahah. Then, pergi la checkin Kiram Village. Sepanjang jalan ke Kiram Village's Cabin, banyak nampak bekas gempa bumi yang terjadi kat Sabah tempoh hari. Chalet-chalet kat sini comel. Contoh nama Onion, Chilli, Broccoli.  Mak aih sejuknya air dia. Sejuk gila. Pemandangan pun cantik. Lawa gojes. Muah ciked. Kat sini line takdak. Digi ade line. Laju je scroll insta. Kahkahkah. 

Rumah Terbalik Tamparuli

Kinabalu Park





Desa Cattle Diary Farm

Kiram Village Cabin, Mesillou, Kundasang, Sabah 

Makan : MYR 20.00
Minyak kereta : MYR 50.00
Kiram Village per night : MYR 80.00



Hari Keempat (18 Aug 2015)

Last day kiteorang kat Sabah. Uhuks,. Kiteorang da nak balik Kluang dah. So sad. Sebelum tu singgah KK jap beli souvenirs, yela haritu pergi malam banyak tutup, pergi siang la pulak. Petang tu sempat tengok sunset terakhir kat KK. Bukit Bendera, KK. Then, terus pergi airport KK (KKIA). Sampai Senai dalam around 8.30 p.m. 

Cabin kami, comel kan?


Morning kundasang.





Makan : MYR 10.00
Other expenses : MYR 20.00




Jom nyanyi sikit. Ahaksss. 








1 comment:

Lobak lobak said...

mari singgah cni pula

http://mylobak.blogspot.my/2016/04/forexmudahbyjo.html