Ya Rabbi, aku terlalu rindukanmu. Meskipun, aku tak sempurna sebagai hambaMu. Ampunkan aku, terima taubat ku. Berikan aku kesempatan waktu. Aku ingin kembali kepadaMu. Wahai Tuhan, jauh sudah kaki ini melangkah. Aku makin hilang arah. Wahai Tuhan, aku lemah, hina penuh noda. Hapuskanlah, terangilah jiwa yang hitam ini. Ampunkanlah aku, sesungguhnya Kau Maha Pengampun Dosa. Ya Rabb, izinkanlah aku kembali padaMu, walau tak sempurna aku sebagai hambaMu. Allah, berikan aku kesempatan waktu, aku ingin kembali meskipun aku tak layak. Ya Allah semakin aku mahu mendekatiMu semakin banyak halangan dan cabaran yang menguji. Beri aku kekuatan Allah. Tapi aku mahu katakan aku mahu kembali Ya Allah, bimbing aku.
No comments:
Post a Comment