Friday, 13 May 2016

Sebab Mengapa Pilih Pasangan Kaki Travel (Girl Version)




Mungkin ramai mat salleh mata biru dia pernah jumpa, lelaki yang sado, pak arab yang gagah atau boyfriend Kpop. Tapi tade yang berkenan. But she still choose you, Hey, you are lucky man! Walau comot mana pun kau, dia masih pilih kau. Tak bangga ke bro?

Mungkin banyak tempat dah dia pergi, tapi dia masih ade satu tempat yang dia belum pergi, tapi dia pergi sebab nak jadikan tempat tu tempat honeymoon paling best untuk kita berdua. 

Tau dak, bila travel, dia cuma pergi dengan travel buddies dia je, and paling tak risau, travel buddies dia ialah perempuan dan kakak-kakak. Bayangkan la, betapa dia menjaga ikhtilat dia, dia nak travel dengan lelaki pun cuma dengan kau je wahai future husband. Beruntungnya kau.

Bila travel dia bercakap dengan ramai orang, pelbagai bangsa dan negara pelbagai umur. But hey, dia pandai bawak diri dia. Dia dah biasa cari makanan sendiri. Kalau rumah mak kau takde air cond, takde masalah beb, dia dah biasa backpack yang bilik amik pakej paling murah, cuma ade kipas je. In Sha Allah kalau takat dia kena tidur kat ruang tamu masa ade kenduri kat rumah mak kau, dia tak kisah pun. 

Satu benda kau tak boleh halang dia. Travel, sebabnya itu dah jadi agenda hidup dia dengan travel buddies dia. Kalau setahun tu takde jalan mana-mana, jiwa kacau beb. Walhal dia masih seorang pelajar IPTA pun dia sanggup kerja part time untuk tabung travel dia, dia sanggup susah-susah. Kalau takat, kau tak mampu nak belikan dia macam-macam sekalipun, percayalah dia tak kisah. Sebab apa? Sebab dia da biasa bersusah payah untuk sesuatu yang dia nak tanpa meminta duit boy friend dia atau duit mak ayah dia. Satu kali nanti bila dah halal, dia mesti bawak kau juga. Sekarang tak boleh la. Kau tau betapa bosannya kalau partner kau tak kaki jalan. Kalau dia ni confirm banyak cerita dia boleh cerita.  

Dia ni kalau dah pergi banyak tempat, fikiran dia tak kolot, fikiran dia lebih terbuka. Dia tahu mana yang elok, mana yang tak. Dia takkan fikir complicated macam perempuan lain yang risau bila mana dah sebulan boyfriend dia tak belikan dia baju, dan dia fikir dia dah takde baju nak pakai walhal baju dah penuh segerobok besar. Dia takkan fikir complicated macam mana kalau travel tudung tak beriron, nak cari iron kat mana semua. Dia akan paham situasi dia kat mana dia berada. Dia takkan complicated kan diri dia. Dia terima seadanya je. 

Dia ni akan merendah diri. Sebabnya, kawan-kawan mesti tanya mana dapat duit banyak untuk travel, mak ayah kau kaya boleh lah bagi. Dia akan cakap duit tu dia cari sendiri, hasil titik peluh dia kumpul, dan dia akan cakap dia tak kaya pun. Lebih banyak tempat dia pergi, lebih dia rasa dia kecil, kerdil di sisi Tuhan dan dia rasa kebesaran Tuhan ada di mana-mana.

Dah baca ni, masih tanak tinggalkan gf korang yang setiap hari kerja nak mintak belanja, shopping, iphone? Kalau dah sekali manjakan diorang dengan benda-benda yang mahal harganya, tak mustahil, akan datang dia akan minta lagi besar. And bila time tu, kau da betul-betul takde duit untuk dia, dia akan tinggal kan kau dan cari yang lebih kaya. Perenggan terakhir ialah pengalaman aku sendiri dari kawan rapat aku sendiri, aku tak tipu. 

2 comments:

Faiz Official said...

Memang best kalau pasangan ni kaki travel.. Hahaha
Senang nak ke mana-mana pun sebab jiwa sama kan. Haha

Fatehah Jamil said...

kalau la ramai lelaki yang berfikiran camni. hahaah. confirm perempuan yang materialistik tu tak de boyfren. padan muka diorg. jiwa sama. yes its so true. hahahaha. sebenarnya update ni puji diri sendiri. kahkahkah.