Monday, 12 December 2011

TAK BERPUNYA TAJUK

Assalamualaikum. 
Masa bosan tak tau nk buat apa?? Aku pun tak tau. Masa tu aku tenga2 bosan. Ada org tiba2 nak ajar aku fizik. Wah! Aku mmg watlek je. Tiba2 mood aku terbang jugak masa  tgh eksaited tu. Tak tau lah kenapa sasau agknya mase tu. Don't blame it on me. Aku rasa bersalah. Esoknya aku text dia. 
"sorry lah. semalam. aku tertidur depan laptop. tak boleh nak tahan mata ni dari tertidur."
Relevan tak reason aku? Sebenarnya aku tak tidur pun depan laptop. Dah lah aku tipu dia. Hari Jumaat pulak tu. Aku rasa mesti dia ketawakan golek2 baca text aku atau dia marah aku sebab aku tak bersungguh2 nak bljr kan?. Huhuhu. Dah lama2 aku fikir, mungkin aku takde mood malam tu sebab aku malu kodd nak bljr dgn dia. Aku lebih rela dia ketawakan aku dari dia marah aku. Apa lah aku ni bengong. Perlu ke?


Sorry la , dunno what to update , so I update these stupid things .. don't blame me ah :)
Haha..
Kays , thats all of you .. :)

Wednesday, 7 December 2011

Forever YOUNG

Salam. Hi readers!
Wah, tajuk entry tak menglah yuu! Semalam aku dgn cazen aku turun bandar. Sesaje je bosan. Erm first nak jumpa someone tapi tak jadi. Okey, aku malas nak cerita pasal tuh!  Tu bukannye cerita aku. Buat ape nak cite kan? Hah! Mase part ni lah aku nyampah!. Aku survey-II nak beli beats baru. Then, dapat la jumpa kucing peliharaan baru aku yg bernama beats *kutt. Auf! Auf! Auf! Tapi beats tu nun jauh kat atas. Mendongak ke langit aku. Eh mane ade rendah. So, aku bajetkan diri aku nak ambik sendiri *berdiridiataskakisendiri. Tiba-II, ada makhluk tinggi tanye aku :

"Er kenapa? Tak sampai eh?" *dgn nada kesian


Huh! Sakarstik seyh ayat dia. Pedih-II. Oh peh-lis aku memang tinggi. Kenapa?  Jyeah!! yg penting aku dapat beats tu dgn bantuan manusia *bajet tinggi. Okey! Err. Pastu-II,, three. Aku tgok wayang Tajuk Ombak Rindu macam sedih je. Masa aku tengok, aku tak nangis macam masa aku tengok cita Sassy Girl Chun Hyang! Tapi siyes kelakar. Aku gelak je kut. Aku tak taulah aku ni yg slow ke ape. Alolo comel je cite ni! Kuihkuihkuih! Hah sekarang aku dah gila novel dan mula lupakan K-POP. Nak tau kenapa? Sebab semalam, aku kat Popular, aku ghairah gila pilih novel. Tapi-II mase kat Gan Video. Nampak cerita Dream High *dulu aku nak sgt beli aku nampak buat tak tau je. Idlan Rayyan pandai ajar aku baca novel. Okey darl, ILOVEYOUDAMNMUCH.







Forever Young


I tried to grow fast and prove who am I

I wanna be forever young!!



bebola mata aku sepertinya dah berair. Bukan sebab aku diselubungi kesedihan macam makcik-II yang asyik menonton Hindustan. Mata aku berair sebab dah tak tertanggaung rasa mengantuk ni!.

" Today's the day will make it all back to the place where we feel all so young and happy."

Tuesday, 6 December 2011

Maaf!



Salam. 
 
Pertama sekali, saya tidak pandai menulis. Kedua, saya memohon maaf kalau tullisan saya melukakan hati yang membacanya ataupun mencuri bacanya. Sama ada ayatnya sakarstik, tatabahasa salah, ayatnya terlampau “leleh”, ataupun apa-apa sahaja. Saat menulis, saya berperasaan gembira. Mungkin sekiranya saya ditakdirkan adalah cuaca pada hari ini, saya akan bersinar cerah. Jangankan hujan, malah awan putih pun tidak berlalu. Hanya langit biru dan saya.

Saya sejujur-jujurnya memang meminati awak. Tetapi tidaklah kemaruk. Sekadar suka-suka kerana wajah awak sedap mata memandang. Sama seperti saya meminati penyanyi atau artis . Tetapi tidaklah bermaksud hati kita ini perlu bersatu. Sekadar suka sebab awak menceriakan hari saya dengan wajah awak yang kacak. Tidak jemu dipandang :-p

Bak kata Syamir, kalau hidup saya adalah pelangi, awak adalah antara warna-warna yang melengkapkannya. Kadangkala ada perkara yang kita mahu, lain pula jadinya.. Saya akui memang menaruh hati kepada awak. Kalau awak mampu perhatikan bagaimana air yang berkocak satu saat batu dilempar, begitu juga perasaan saya saat bertemu dengan awak. Biarpun awak sering wujud dalam lingkungan mata saya tetapi awak tetap seperti awan kepada gunung. Biar ia meliputi puncak., tetapi tetap sahaja gunung bersatu dengannya. Namun awak adalah putih yang terpilih.
 
Namun, siapalah saya? Saya hanya pemerhati di hujung sana. Seperti burung yang memerhati  suria yang tenggelam. Saya tidak mampu meneruskan hajat hati ini mahu menerima dan memiliki diri dan hati awak. Biarpun saya akui awak yang teragung. . Lagipun saya masih muda dan masih belum bersedia, perlu mengejar cita-cita.  Saya akui, ini perasaan yang petama kali saya rasa. Tetapi saya yakin, saya mampu menghadapi hidup tanpa awak. Sebab kata Syamir lagi, saya tidak bersendirian. Awak mungkin sudah meninggalkan untuk saya bintang-bintang di langit bagi menemani saya sehingga habis malam saya ataupun habis usia saya… yang tersisa ini. Awak, maaf ya!

Awak! Terima kasih kerana telah mengajar sesuatu. Begitu juga Syamir. Biarpun ianya kecil, tetapi ia seperti bintang, hanya kecil pada mata kita, namun hakikatnya cukup besar. Biar kecil asalkan beerti. :-p terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih juga kepada Syamir, meskipun kita bukan apa-apa.

Yang Ikhlas :


Fatehah Jamil