Tuesday, 6 December 2011

Maaf!



Salam. 
 
Pertama sekali, saya tidak pandai menulis. Kedua, saya memohon maaf kalau tullisan saya melukakan hati yang membacanya ataupun mencuri bacanya. Sama ada ayatnya sakarstik, tatabahasa salah, ayatnya terlampau “leleh”, ataupun apa-apa sahaja. Saat menulis, saya berperasaan gembira. Mungkin sekiranya saya ditakdirkan adalah cuaca pada hari ini, saya akan bersinar cerah. Jangankan hujan, malah awan putih pun tidak berlalu. Hanya langit biru dan saya.

Saya sejujur-jujurnya memang meminati awak. Tetapi tidaklah kemaruk. Sekadar suka-suka kerana wajah awak sedap mata memandang. Sama seperti saya meminati penyanyi atau artis . Tetapi tidaklah bermaksud hati kita ini perlu bersatu. Sekadar suka sebab awak menceriakan hari saya dengan wajah awak yang kacak. Tidak jemu dipandang :-p

Bak kata Syamir, kalau hidup saya adalah pelangi, awak adalah antara warna-warna yang melengkapkannya. Kadangkala ada perkara yang kita mahu, lain pula jadinya.. Saya akui memang menaruh hati kepada awak. Kalau awak mampu perhatikan bagaimana air yang berkocak satu saat batu dilempar, begitu juga perasaan saya saat bertemu dengan awak. Biarpun awak sering wujud dalam lingkungan mata saya tetapi awak tetap seperti awan kepada gunung. Biar ia meliputi puncak., tetapi tetap sahaja gunung bersatu dengannya. Namun awak adalah putih yang terpilih.
 
Namun, siapalah saya? Saya hanya pemerhati di hujung sana. Seperti burung yang memerhati  suria yang tenggelam. Saya tidak mampu meneruskan hajat hati ini mahu menerima dan memiliki diri dan hati awak. Biarpun saya akui awak yang teragung. . Lagipun saya masih muda dan masih belum bersedia, perlu mengejar cita-cita.  Saya akui, ini perasaan yang petama kali saya rasa. Tetapi saya yakin, saya mampu menghadapi hidup tanpa awak. Sebab kata Syamir lagi, saya tidak bersendirian. Awak mungkin sudah meninggalkan untuk saya bintang-bintang di langit bagi menemani saya sehingga habis malam saya ataupun habis usia saya… yang tersisa ini. Awak, maaf ya!

Awak! Terima kasih kerana telah mengajar sesuatu. Begitu juga Syamir. Biarpun ianya kecil, tetapi ia seperti bintang, hanya kecil pada mata kita, namun hakikatnya cukup besar. Biar kecil asalkan beerti. :-p terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih juga kepada Syamir, meskipun kita bukan apa-apa.

Yang Ikhlas :


Fatehah Jamil

No comments: