Thursday, 5 December 2013

Suka Dalam Diam A!


Assalamualaikum. Hye ebelibadi. Semakin hari, semakin aku sibuk. Saja menyibukkan diri supaya aku rasa sibuk dan tak sibuk-sibuk ingat semua pasal dia yang suka menyibuk dalam diri aku. #huh senafas beb. Mungkin sesiapa yang membacanya akan rasa aku ni gedik tetapi ni jelah satu-satunya cara aku nak bagi dia baca, even aku tak tahu kau baca ke tak. At least ada link yang boleh buat dia terbaca.
There are many things that  I would like to say to you but I don't know how. I can't even text with you. From what you said, I know you don't want me to contact you  dengan reason, you want to focus in your national exam. But you want me to wait for you.

SAMPAI BILA? persoalannya.

Now that I can see that we are falling apart from the way that we used to be. Hubungan sekarang dah makin renggang. tak macam dulu. Now I know what mean of "suka dalam diam".  yang aku faham macam aku sekarang tengah tunggu Austin Mahone text aku. Macam tu la yang aku rasa sekarang. Betapa sakitnya. Hati. Sabar je aku kat sini dengan perangai dia. Hmm. Aku tak tau la, dia janji nak jumpa tapi. Aku tak nak harap apa-apa daripada dia lagi. Pasal dia, aku sedih, sakit hati. He changed a lot.

Aku dah buat macam-macam nak ambik hati dia, dia sikit pun tak pernah perasan. Agaknya dia tunggu aku datang depan dia hantar sejambak bunga taik ayam baru dia perasan kot. Baru dia nak hargai aku kot. Rasa nak menangis. Tapi dah susah lah. Dah penat nangis sebab dia dulu. Pergh cakap kau, kalau aku dapat nangis mesti rasa lega gila. Tapi tak boleh nak nangis la. Susah sangat. Every day, menjadi habit aku, aku akan tengok langit memalam. Takde maknanya nak kira bintang. Kau pikir bintang tu sikit. Aku tengok aeroplane yang lalu. Aku berharap satu hari, salah satu aeroplane tu dalamnya ada kau yang sedang tersenyum melihat aku di bawah. Kawan aku pun dah tau dah. Teah ade satu kapal terbang kau kat sana. Aku tenung sampai tak nampak dari pandangan.

Who? Of course, You. Why? Why you did this to me? What? What do you want actually? When? When you will treat me like beforeWhere? Where you actually go and disappear?
and....How? How to makes you believe that.... "You're the only one?" 
My friends think that I still into you but actually not. They dont know the true story. They think I am okay with you because they never see both of us get into troubled. Kadang-kadang rasa nak cari pengganti bila kau jauh. Tapi entah la. Macam susah sangat. Kalau satu hari nanti jumpa pengganti kau. Aku rasa nak buat kenduri kesyukuran sebab dapat lupakan kau. Ya Allah tolong aku. Penuhilah aku dengan kegembiraan kebahagiaan. Sebenarnya aku dah suka dia dalam diam, sejak pertama kali aku jumpa dia.

Jadi stalker, jadi secret admire kau.  Sebab. sambil kunyah gula getah yang harganya RM 2.50. bukan aku dah give up dengan hubungan ni. Sebab makin aku rapat dengan kau. Nanti aku lagi sakit. Bek tak payah. Nanti kau bagi harapan palsu, dusta semunya. Dont gimme the fake hopes and fake promises. Do you remember how fine and happy we are before? do you remember? dont tell e you forget how it feel because im still remember. always. Bila kita admire kat orang, kita selalu cakap baik-baik untuk dia. Hmm, Tadela aku marah-marah kau. Setiap hari aku harap kau dapat kebahagiaan yang sempurna. Yes, mungkin kau dicipta untuk aku hanya sementara. Tetapi sementara dan kesederhanaan perkenalan kita dah cukup membahagiakan hidup aku. Tapi aku harap one day, aku boleh jumpa kau tak kira berapa pun umur kiteorang. Even kita kenal dia sekejap, tapi senyuman dia,, kenangan bersama dia walaupun tak banyak, tak mudah nak lupakan.


Diriku bagi dirimu
Seperti asing
Tak berguna, tak membahagia
Padamu hanyalah beban
Tuhan tahu apa yang terjadi
Antara kau dan aku
Kau takkan tahu apa hati ku
Yang selalu derita kerna mu
Dan kau takkan rasa
Apa yang ku rasa
Semenjak kau hadir
Hidupku sering saja untukmu
Tentang dirimu
Tak pernah untukku
Mereka lihat masih lagi aku menantikanmu
Dan aku tak tersedar lagi
Dengan sikapmu terhadapku
Tapi aku sebenarnya aku
Tak seperti yang kau tahu

note : suka dalam diam ni macam cinta bertepuk sebelah tangan je. sape rasa betul angkat hidung.





Sunday, 1 December 2013

Untitled

Assalamualaikum. hye.



Hello December :) Look like we are reaching end of 2013. Actually idk why am i typing for blog now. Nah, baru aku ingat. Tiba-tiba rasa rindu nak berborak dengan dia. aku jarang ade kawan lelaki ni.

Aku ada seorang kawan. not-so-kawan. sebab aku hanya mengenalinya melalui laman sosial FB. Masa mula-mula agak takut nak approve dia. tapi tengok dp dia tgah pegang kapur sedang mengajar. Aku dengan rasa berat hati approve. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Dia bertanyakan kepada aku adakah aku salah seorang daripada kumpulan pelajar.... aku meniyakannya. Kami start berchatting selalu sangat. Skype. Aku tau dia insan biasa-biasa. Sebab itulah aku rasa selesa nak cerita apa-apa kat dia. Lagipun dia faham bahasa melayu. senang communicate. 

Dia suka akan fotografi sama seperti aku. we have same interest of. dia selalu stalk gambar-gambar aku. dia pernah menguji aku dengan bagi satu nama artis yang dia sukai ; Sam Concepcion. aku memberikannya gambar yang sudah diedit kepada dia. Aku tau dia orang susah. Dia memberitahu aku bahawa dia meminati bidang fotografi, tetapi apakan daya dia tak mampu nak beli camera mahal-mahal. Masa dia beli camera, dia beritahu aku. aku pun ikut rasa teruja dan gembira. banyak juga gambar yang lawa-lawa dia bagi aku tengok. aku rasa terharu bila dia anggap aku penting untuk dia. Aku pernah tunjukkan blog aku kepada dia. 

Aku pernah menyuruhnya mengajar subjek Fizik melalui Skype sebab aku tahu dia pandai subjek tu. Pada malam itu, dia menunggu aku. tapi aku tak online kerana malu. Pada keesokan harinya, aku minta maaf kerana buat dia tunggu. dia tanya kenapa aku tak online. aku jawab aku tertidur depan laptop. sebenarnya aku bohong. 

Setelah lama tak bertegur. aku stalk dia. Dia dah pun jadi guru Fizik. Mungkin dia terlalu sibuk dengan kerja., dah lama tak bertegur. aku teringat dia apabila terbaca update dia.


"ketika semua muridku telah mengalahkan ku, maka sesungguhnya itulah kemenanganku. "


kata-kata itu sungguh mengharukan aku. aku berkata kepadanya. dia mengharukan aku, aku berkata lagi. bahawa menjadi guru pahalanya besar. aku rasa dia sangat berbangga kerana dapat menjadi seorang guru. setahu aku, menjadi guru pahalanya sentiasa  mengalir dan merupakan pekerjaan paling mulia. dia hanya membalas, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah lebih baik daripada gurumu. 

note :kalau kamu terbaca entri ini,  ketahuila bahawa aku sangat bangga dengan kamu. :) 

Saturday, 30 November 2013

SPM :)


Assalamualaikum. Hye.

Photo and edited by me


Aku rasa leisure time aku sekarang dah melimpah-limpah. Yela mintak keje part time tak dapat2. InsyaAllah dapat nanti. Lepak typing kat blog la apelagi. Pejam celik pejam celik dah SPM. Dah habis sekolah.
SPM dah habes. Yeahhh. Tahniah kanak-kanak. Dan apa yang ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak. Iaitu berakhir zaman persekolahan. Sebenarnya sedih. Tak mampu aku nak ubah apa-apa. Masih teringat hari-hari terakhir sebelum tamat zaman persekolahan. Aku ingat lagi masa pertama kali masuk Darjah 1. Kan ku curi hatimu dari darjah satu darjah 1.Kalau cakap pasal sekolah, semuanya bermula dengan sahabat. Payah nak diungkapkan dengan hanya sebiji laptop depan mata.

Hari berlalu dengan pantas banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Masa hari-hari terakhir tu, aku sangat happy. Dan sepanjang hari-hari terakhir tu, tidak kedengaran countdown daripada teqa ketod *deskmate. Eh kau pikir class je ade mate. desk pun maju okey. teqa la selalu countdown. Contoh la.  Cuti Hari Raya, puasa pertama dah countdown. Ayat dia mesti cenggini." Maigod, teah. Lagi 30 hari nak balik. " Kadang si teqa ni penah la rasa benjol kat kepala sebab kena baling buku dengan classmates lain. Hmmm.

Bila cakap pasal SPM. Apebenda la siak. *siak tu harus diletakkan di belakang ayat. Semua muka tak boleh nak seposen lagi. Toya gile. Dah dekat Trial baru nampak kesungguhan kat situ. Masa form 4 lagila. Honeymoon. Kate budak kelas Razi. *kelas aku la tuh. Kalau ada duit masa tu. Dah Pergi honeymoon kat Paris. Tade masa nak honeymoon kat skola ni. Paling best gila. Tiap kali cuti sekolah. Cikgu bekalkan homework banyak gila. *gila itu harus dibelakang ayat. Aku bawak jugak la homework, fikir nak siapkan. Jumpa kawan skola lama, banyak gila homework kau. Aku selamba jawab, memang. Kawan : Kau bole siap ke semua tu. Aku : Aku rasa kiteorang tak pernah siap homework.

Kalau time belajar pulak, tak sah kalau tak sumbat telinga dengan earphone. Acahacah tak ngantuk dalam kelas. Taktik yang berkesan sebenarnya. Hehe. Try la. Huhuhu. Waktu prep hanya dibiarkan berlalu siasia. Diisi dengan tidur. Dan gossip. Hanani : Weyh kau nak tau something tak... Kiteorg dah dapat agak dah.  sebab malam tak cukup tidur mungkin atau kelas dari pagi sampai petang yang memenatkan. Bila time exam mid year ke final year ke. Mesti aku akan terfikir. Kalau aku jadi budak darjah 6 agak-agak, aku bole jadi pelajar terbaik UPSR tak. Haihhh. Teruknya aku ni. 


Hari-hari terakahirlah, aku banyak makan maggi. Entahlah macam mengidam pun ada. Huahuahua. Rindu giler weyh. Study boleh la giler-gile. Cari spot soalan. Kan. Okey la percaya kat spot soalan.Satgi masa dapat paper terus tengok karangan.  Mana essay love. Mana semuanya yang di spot. Sejak tu, tak percaya pada spot. Kiteorg percaya pada takdir je. Alhamdullilah. Tiba-tiba, dengar berita add math dgn math mode dah bocor soalan. Ehh, bukan add math dgn math mode same je soalannya. Ulang-ulang. Kalau nak cakap paper sejarah ke elektif tu ke yg bocor tape jugak. Pelik-pelik je. Hmm apalah nasib kiteorg masa trial lagi la kena repeat paper. Lagi la. Yang tak boleh bla lepas jawab paper sejarah, cikgu cakap sejam lepas tu ade paper BI. Kau ternganga mulut masing-masing, aku rasa ade je yang dah tertelan serangga, sebab terkejut. Mungkin rasa tak puas hati tu ada, hambek kau, karangan semua orang penuh emosi. Dapat paper markah semua low gile. Buat aku menangis. Pastu marah-marah sebab buat karangan emotional. Perlu ke? Dah la tak bersedia. 

Semua tu dah berlalu,  SPM pun dah habis. Jatuh tergolek kena lenyek semua dah rasa. Nak cakap apa pun tak boleh dah. So sekarang hanya berdoa dan bertawakkal. Jela. Ya Allah berikan kejayaan kepada kami di dunia dan di akhirat. 




Note : kau orang rasa siapa yang paling sedih bila kita habis sekolah. Kawan-kawan (tak). Makcik kantin (rasanya sikit). Cikgu Zul (Absolutely).