Assalamualaikum. Hye.
Photo and edited by me
Aku rasa leisure time aku sekarang dah melimpah-limpah. Yela mintak keje part time tak dapat2. InsyaAllah dapat nanti. Lepak typing kat blog la apelagi. Pejam celik pejam celik dah SPM. Dah habis sekolah.
SPM dah habes. Yeahhh. Tahniah kanak-kanak. Dan apa yang ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak. Iaitu berakhir zaman persekolahan. Sebenarnya sedih. Tak mampu aku nak ubah apa-apa. Masih teringat hari-hari terakhir sebelum tamat zaman persekolahan. Aku ingat lagi masa pertama kali masuk Darjah 1. Kan ku curi hatimu dari darjah satu darjah 1.Kalau cakap pasal sekolah, semuanya bermula dengan sahabat. Payah nak diungkapkan dengan hanya sebiji laptop depan mata.
Hari berlalu dengan pantas banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Masa hari-hari terakhir tu, aku sangat happy. Dan sepanjang hari-hari terakhir tu, tidak kedengaran countdown daripada teqa ketod *deskmate. Eh kau pikir class je ade mate. desk pun maju okey. teqa la selalu countdown. Contoh la. Cuti Hari Raya, puasa pertama dah countdown. Ayat dia mesti cenggini." Maigod, teah. Lagi 30 hari nak balik. " Kadang si teqa ni penah la rasa benjol kat kepala sebab kena baling buku dengan classmates lain. Hmmm.
Bila cakap pasal SPM. Apebenda la siak. *siak tu harus diletakkan di belakang ayat. Semua muka tak boleh nak seposen lagi. Toya gile. Dah dekat Trial baru nampak kesungguhan kat situ. Masa form 4 lagila. Honeymoon. Kate budak kelas Razi. *kelas aku la tuh. Kalau ada duit masa tu. Dah Pergi honeymoon kat Paris. Tade masa nak honeymoon kat skola ni. Paling best gila. Tiap kali cuti sekolah. Cikgu bekalkan homework banyak gila. *gila itu harus dibelakang ayat. Aku bawak jugak la homework, fikir nak siapkan. Jumpa kawan skola lama, banyak gila homework kau. Aku selamba jawab, memang. Kawan : Kau bole siap ke semua tu. Aku : Aku rasa kiteorang tak pernah siap homework.
Kalau time belajar pulak, tak sah kalau tak sumbat telinga dengan earphone. Acahacah tak ngantuk dalam kelas. Taktik yang berkesan sebenarnya. Hehe. Try la. Huhuhu. Waktu prep hanya dibiarkan berlalu siasia. Diisi dengan tidur. Dan gossip. Hanani : Weyh kau nak tau something tak... Kiteorg dah dapat agak dah. sebab malam tak cukup tidur mungkin atau kelas dari pagi sampai petang yang memenatkan. Bila time exam mid year ke final year ke. Mesti aku akan terfikir. Kalau aku jadi budak darjah 6 agak-agak, aku bole jadi pelajar terbaik UPSR tak. Haihhh. Teruknya aku ni.
Hari-hari terakahirlah, aku banyak makan maggi. Entahlah macam mengidam pun ada. Huahuahua. Rindu giler weyh. Study boleh la giler-gile. Cari spot soalan. Kan. Okey la percaya kat spot soalan.Satgi masa dapat paper terus tengok karangan. Mana essay love. Mana semuanya yang di spot. Sejak tu, tak percaya pada spot. Kiteorg percaya pada takdir je. Alhamdullilah. Tiba-tiba, dengar berita add math dgn math mode dah bocor soalan. Ehh, bukan add math dgn math mode same je soalannya. Ulang-ulang. Kalau nak cakap paper sejarah ke elektif tu ke yg bocor tape jugak. Pelik-pelik je. Hmm apalah nasib kiteorg masa trial lagi la kena repeat paper. Lagi la. Yang tak boleh bla lepas jawab paper sejarah, cikgu cakap sejam lepas tu ade paper BI. Kau ternganga mulut masing-masing, aku rasa ade je yang dah tertelan serangga, sebab terkejut. Mungkin rasa tak puas hati tu ada, hambek kau, karangan semua orang penuh emosi. Dapat paper markah semua low gile. Buat aku menangis. Pastu marah-marah sebab buat karangan emotional. Perlu ke? Dah la tak bersedia.
Semua tu dah berlalu, SPM pun dah habis. Jatuh tergolek kena lenyek semua dah rasa. Nak cakap apa pun tak boleh dah. So sekarang hanya berdoa dan bertawakkal. Jela. Ya Allah berikan kejayaan kepada kami di dunia dan di akhirat.
Note : kau orang rasa siapa yang paling sedih bila kita habis sekolah. Kawan-kawan (tak). Makcik kantin (rasanya sikit). Cikgu Zul (Absolutely).
No comments:
Post a Comment