Hello December :) Look like we are reaching end of 2013. Actually idk why am i typing for blog now. Nah, baru aku ingat. Tiba-tiba rasa rindu nak berborak dengan dia. aku jarang ade kawan lelaki ni.
Aku ada seorang kawan. not-so-kawan. sebab aku hanya mengenalinya melalui laman sosial FB. Masa mula-mula agak takut nak approve dia. tapi tengok dp dia tgah pegang kapur sedang mengajar. Aku dengan rasa berat hati approve. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Dia bertanyakan kepada aku adakah aku salah seorang daripada kumpulan pelajar.... aku meniyakannya. Kami start berchatting selalu sangat. Skype. Aku tau dia insan biasa-biasa. Sebab itulah aku rasa selesa nak cerita apa-apa kat dia. Lagipun dia faham bahasa melayu. senang communicate.
Dia suka akan fotografi sama seperti aku. we have same interest of. dia selalu stalk gambar-gambar aku. dia pernah menguji aku dengan bagi satu nama artis yang dia sukai ; Sam Concepcion. aku memberikannya gambar yang sudah diedit kepada dia. Aku tau dia orang susah. Dia memberitahu aku bahawa dia meminati bidang fotografi, tetapi apakan daya dia tak mampu nak beli camera mahal-mahal. Masa dia beli camera, dia beritahu aku. aku pun ikut rasa teruja dan gembira. banyak juga gambar yang lawa-lawa dia bagi aku tengok. aku rasa terharu bila dia anggap aku penting untuk dia. Aku pernah tunjukkan blog aku kepada dia.
Aku pernah menyuruhnya mengajar subjek Fizik melalui Skype sebab aku tahu dia pandai subjek tu. Pada malam itu, dia menunggu aku. tapi aku tak online kerana malu. Pada keesokan harinya, aku minta maaf kerana buat dia tunggu. dia tanya kenapa aku tak online. aku jawab aku tertidur depan laptop. sebenarnya aku bohong.
Setelah lama tak bertegur. aku stalk dia. Dia dah pun jadi guru Fizik. Mungkin dia terlalu sibuk dengan kerja., dah lama tak bertegur. aku teringat dia apabila terbaca update dia.
"ketika semua muridku telah mengalahkan ku, maka sesungguhnya itulah kemenanganku. "
kata-kata itu sungguh mengharukan aku. aku berkata kepadanya. dia mengharukan aku, aku berkata lagi. bahawa menjadi guru pahalanya besar. aku rasa dia sangat berbangga kerana dapat menjadi seorang guru. setahu aku, menjadi guru pahalanya sentiasa mengalir dan merupakan pekerjaan paling mulia. dia hanya membalas, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah lebih baik daripada gurumu.
note :kalau kamu terbaca entri ini, ketahuila bahawa aku sangat bangga dengan kamu. :)
No comments:
Post a Comment