Monday, 11 July 2016

Happy eid fitri

Lama kan terbiar je blog aku ni. Terabai. Serious la, aku tak boleh tau bila rasa sedih. Apa perasaan kau kalau orang cakap something -ve then benda tu macam related dengan kita dan mungkin kita akan terasa gila. Kan? 

Haritu, aku adalah tengah serve seorang customer ni. Aku masih ingat dia macam mana fizikalnya, Yes I admit, dia memang banyak kekurangan dari segi fizikal plus yang sedih, dia cari baju raya sorang je. Entahlah. Aku pun tercakap sesuatu yang memungkinkan dia terasa. Then, dia pun tanya kenapa? Kalau pada aku la, aku rasa dia tanya tu sebab dia rasa aku cakap dengan dia tau sebabtu dia tanya kenapa. Sebenarnya aku tak cakap dengan customer tu pun, aku cakap dengan orang lain. Lepastu, yang aku tak faham, yang sorang ni sibuk nak emo. Emo gila pulak tu. Dia kata customer tu macam mengada la memilih la apa la. Pada aku, dia tak macam tu. Aku tau la dia tu tak hensem ke apa semua banyak kurang kan, tapi jangan sebab dia kurang, apa dia buat semua salah. Cuba yang tanya kenapa tu hensem, tade maknanya kan kau nak cakap pasal dia. Sorry to say la. Aku nampak lepas dia cakap macam tu, air muka customer tu terus berubah dan dia diam je, dia mesti rasa sedihkan? Mesti dia fikir, mentang aku macam gini. Aku pulak rasa bersalah tu. Pergh, aku faham perasaan dia. Tapi aku serve je dia elok-elok. 

P/s: Kepada customer tu, SHRMZB. Semoga kekurangna kau tu, jadi penguat semangat hidup kat dunia ni ya? Semua orang berhak rasa nak cantik dan lawa. 

Tuesday, 7 June 2016

Hello June 2016!

Assalamualaikum and hi readers. *bajet ade orang baca.



Acah je. Kejap je 2016 da separuh tahun. Maksudnya dah bulan June la. Tau tak aku pun da nak habis sem 2, ya Allah kejapnya. Sebelum tu, selamat berpuasa bagi muslim. Hahahahaha. Rasa macam dah fed up life u ni. Aku rasa down down dan down giler. Hmm. Plus, sem 2 ni banyak konflik jadi. Serius aku tak nak ingat. Haih. Rasanya aku perlu tajdid niat aku datang sini sebab nak study je dan buat mak ayah bangga bila aku dapat kerja elok dan dapat tolong diorang nanti. Amin. Its okay kalau pun diorang nak tinggal aku ke apa, aku kena get up and better get up while I can. Biarkan diorang nak buat tahi kat aku, apa yang aku perlu ialah kekuatan nak tempuh sampai habis sampai grad nanti. In Sha Allah everything will be okay sooner or later. Aku perlukan isi dalam hati ni penuh-penuh masa aku dengan Dia, agar aku tak mudah jatuh rebah tersungkur bila nanti dia buat aku balik. Aku selalu nasihatkan diri jangan lawan kalau dia tweet buruk pasal aku walaupun tak mentioned. Biarkan je, Allah je tahu sape yang benar. Im hoping that I can reveal all the hikmah one day, why this happened to me. Lagipun dah nak final sem 2, better fokus apa yang penting. Stop worrying over an irrelevant things. Haih. Ade 3 subjek fakulti yang susah lagi memeningkan, better aku fokus dengan diorang then cuti sem, bawak-bawaklah pergi kerja part time. Nak pergi somewhere nanti. Tak sabar. 

P/S : In Sya Allah, the good will come before you even think about it soon. Amin   

Friday, 13 May 2016

Sebab Mengapa Pilih Pasangan Kaki Travel (Girl Version)




Mungkin ramai mat salleh mata biru dia pernah jumpa, lelaki yang sado, pak arab yang gagah atau boyfriend Kpop. Tapi tade yang berkenan. But she still choose you, Hey, you are lucky man! Walau comot mana pun kau, dia masih pilih kau. Tak bangga ke bro?

Mungkin banyak tempat dah dia pergi, tapi dia masih ade satu tempat yang dia belum pergi, tapi dia pergi sebab nak jadikan tempat tu tempat honeymoon paling best untuk kita berdua. 

Tau dak, bila travel, dia cuma pergi dengan travel buddies dia je, and paling tak risau, travel buddies dia ialah perempuan dan kakak-kakak. Bayangkan la, betapa dia menjaga ikhtilat dia, dia nak travel dengan lelaki pun cuma dengan kau je wahai future husband. Beruntungnya kau.

Bila travel dia bercakap dengan ramai orang, pelbagai bangsa dan negara pelbagai umur. But hey, dia pandai bawak diri dia. Dia dah biasa cari makanan sendiri. Kalau rumah mak kau takde air cond, takde masalah beb, dia dah biasa backpack yang bilik amik pakej paling murah, cuma ade kipas je. In Sha Allah kalau takat dia kena tidur kat ruang tamu masa ade kenduri kat rumah mak kau, dia tak kisah pun. 

Satu benda kau tak boleh halang dia. Travel, sebabnya itu dah jadi agenda hidup dia dengan travel buddies dia. Kalau setahun tu takde jalan mana-mana, jiwa kacau beb. Walhal dia masih seorang pelajar IPTA pun dia sanggup kerja part time untuk tabung travel dia, dia sanggup susah-susah. Kalau takat, kau tak mampu nak belikan dia macam-macam sekalipun, percayalah dia tak kisah. Sebab apa? Sebab dia da biasa bersusah payah untuk sesuatu yang dia nak tanpa meminta duit boy friend dia atau duit mak ayah dia. Satu kali nanti bila dah halal, dia mesti bawak kau juga. Sekarang tak boleh la. Kau tau betapa bosannya kalau partner kau tak kaki jalan. Kalau dia ni confirm banyak cerita dia boleh cerita.  

Dia ni kalau dah pergi banyak tempat, fikiran dia tak kolot, fikiran dia lebih terbuka. Dia tahu mana yang elok, mana yang tak. Dia takkan fikir complicated macam perempuan lain yang risau bila mana dah sebulan boyfriend dia tak belikan dia baju, dan dia fikir dia dah takde baju nak pakai walhal baju dah penuh segerobok besar. Dia takkan fikir complicated macam mana kalau travel tudung tak beriron, nak cari iron kat mana semua. Dia akan paham situasi dia kat mana dia berada. Dia takkan complicated kan diri dia. Dia terima seadanya je. 

Dia ni akan merendah diri. Sebabnya, kawan-kawan mesti tanya mana dapat duit banyak untuk travel, mak ayah kau kaya boleh lah bagi. Dia akan cakap duit tu dia cari sendiri, hasil titik peluh dia kumpul, dan dia akan cakap dia tak kaya pun. Lebih banyak tempat dia pergi, lebih dia rasa dia kecil, kerdil di sisi Tuhan dan dia rasa kebesaran Tuhan ada di mana-mana.

Dah baca ni, masih tanak tinggalkan gf korang yang setiap hari kerja nak mintak belanja, shopping, iphone? Kalau dah sekali manjakan diorang dengan benda-benda yang mahal harganya, tak mustahil, akan datang dia akan minta lagi besar. And bila time tu, kau da betul-betul takde duit untuk dia, dia akan tinggal kan kau dan cari yang lebih kaya. Perenggan terakhir ialah pengalaman aku sendiri dari kawan rapat aku sendiri, aku tak tipu.