Sunday, 25 November 2012

You're You and I'm Me



Sad life :( Aku nak balik zaman tu. Zaman di mana aku tak sunyi. Huhuhu :(  Tetiba teringat kisah dulu-dulu. Huhuhuhu. Kenapa la benda tu tak berlaku sekarang. Aku tak rindu kau pun. Ha tu tipu punya statement tu. Gila tak rindu. Sampai sekarang aku simpan lagi gambar first kau mms aku. Masa tu muka kau tak matured lagi. Comelnye. Kau send aku siap-siap sekali dengan nama MR. Blabla *biarlah rahsia nama dia. Haih MR. tu nak jadi MR perfect aku ke. Takpun kau nak aku jd MRS. nya. Alahai. Masa tu fikiran aku tak macam sekarang. Hurm. Aku ingat lagi masa aku belum ada henpon yang bole mms, kau dah ada. Kau nak send gambar kat aku masa tu. Tapi aku cakap tak boleh. henpon aku ada colour je. Tapi tak boleh mms. Kau tanya Myspace aku. Aku cakap aku tade Myspace. Lagipun tak pandai la internet-internet ni. Yang pandai akak aku je. Aku pon bagilah MS akak aku. Kau add akak aku sebab kau nak tengok gamba aku. Kau cakap aku comel. Huhuhu. Masa tu FB mana ada. Main Myspace je.

Facebook: What's on your mind?
Twitter: What's happening?
Myspace: Where did everybody go? -_-
Kau ajak jumpa. Pada aku masa tu yang baru jek form 1, isshhhh liar gila mamat ni. Masa tu dia da form3 da besar la jugak. Kau kata nak tengok dari jauh. Aku tak nak. Macam-macam alasan aku bagi. Mak tak bagi la. Sampai kedai topup roboh pun jadi alasan masa tu. *nampak tak betapa sucinya aku. Huhuhuhu. Lama jugak kau text dgn aku hampir 3 tahun lebih. Aku pun tak tau apa yang ditanyakan setiap hari text. Mesti topik yang sama je.
WS : Assalam, Hi, tengah buat apa?
AM : Wasalam, tengah buat bodoh. tapi pandai sikit.
Dulukan suka kumpul banyak-2 mesej yang macam comel-comel. Sampai satu hari kau bagi mesej macam ni.
evEn kTe aDe kpeL tP kwN stiL pLg Stia, evEn kTe bYk hRta, kwN Stil pLg bHrga. bg mSg ni kT kwN2 Yg Awk sYg, tMsk Sy kLu aWk sYg Sy, wAit n C bRp oRg y sYgkn Awk...
Lepas kau bagi msg ni. Aku terus marah kau. Tapi aku tak ingat aku cakap apa sampai kau merajuk. Aku pun tak pujuk.  Sekarang, bila aku teringat kau aku. Honestly, aku rindu kau. Kenpa dulu kau give up cepat sangat. Kau sepatutnya tunggu aku lagi. Masa tu aku kan tak matang lagi.

 Lepas kau update status macam ni : Single bukan sebab tak laku tapi kerana cinta Allah lagi layak dijaga buat masa ini. :) and I want become a great SUPERMAN for my lovely SUPERWOMAN but until now I don't know who my lovely SUPERWOMAN. I will continue to search and search to find my lovely SUPERWOMAN. InsyaAllah, aku terus rasa nak tau pasal kau setelah lamanya kita tak contact each other. Ya Allah kalau kau online. Muncul dekat news feed aku. Rindu gila dekat kau. Sayu je hati ni. Tapi sekarang kau abaikan aku. YOU TREAT ME JUST LIKE ANOTHER STRANGERS. Tapi kenapa aku still berharap dekat kau lagi. Aku tak reti la. Ea apa yang aku taip ni. Nak buat macam mana jari aku dah tertaip. Da rakdir. Reda jela. Aku rasa dia mesti dah tak ingat aku lagi. Sad life ;( . Dan dan aku tak rasa dia baca entri ni. Sad life :(.

No comments: