Friday 30 November 2012

1.12.12

hangeng. maigod -_-


Assalamualaikum
Hi tampanss dan cantikss

Hahai Tengok calendar. Apa? Dah bulan Disember. Lagi bape hari nak 2013. tahun depan saya dah 17. lagi 3 tahun 20.  : 0 Eee pelik je dah 17. Nyanyi lagu Baby Goodnight pun salah lirik. Sat lagi B1A4 semua ketuk-ketuk kepala aku. Aku taknak.

Umur 17 bukan SPM ke? What 2013 SPM? *mukatenuk. . Oh no! Aku sedang bermimpi di pagi hari ke ni?  buat muka ginik -_-. Muka mati hidup balik. Oh mann! Bila fikir-fikir SPM ni. Kepala jadi pening. Aigo. Dah la banyak kena catch up. Banyak lagi tak faham. Tak tau la aku setahun ni pergi sekola belaja ke buat bodoh. Suka tido je dalam kelas. Gaduh-gaduh manja dengan cikgu. Nama je sekolah SBP. Teruknya Aku!

Hahai kat sekolah dah tak boleh nak main-main lagi. Dah tak boleh main ketuk-ketuk kepala kawan. Itu namanya extreme. Azam aku cuma nak jadi manusia lebih berguna daripada sekarang. Tak sangka aku dah bernafas dekat bumi ni dah 17 tahun. Huhuhu *mukaslamberbadak. Apa yang penting kerjasama tahun depan SPM.


Ha. Kepada 2012 SPM candidates. Good luck. Aku tau korang boleh. Yeah. Meh goyang kaki sambil tangan melambai bersama saya. Mari bernyanyi bersama saya
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Oh sebelum terlupa. Eh budak atas ni. Gud luck SPM. Aku tau dah terlambat nak wish. Tapi masih boleh kan. Khairul? Hahaha. Eh nanti lepas SPM dah kaya jangan lupa aku. Jom la main edit-edit gambar lagi.
Eh nak buat homework Fizik 5.12.2012 ni nak kena pos da. Hadoi

Sekian,
Daripada Penulis Yang Disayang Tuhan

No comments: