Tuesday, 4 December 2012

The Man I Love The MOST ♥



Gambar ni sebijik macam aku dengan ayah masa kecik-kecik. Dengan spec tu alahai..
Ayah gendong aku letak atas bahu. Lepastu bawak jejalan.


Assalamualaikum, salam

Hi readers, Okey, mulut diam, mata diam. hanya hati dan jari jemari je yang bergerak menari. dengan gembiranya.. Weheeee ;) Bila jari-jari dah menggedik atas keyboard. Ape pon tak boleh. -_-

Suka video ni.

Tiba-tiba teringat masa kecik-kecik. Rindu ayah. Rindu ayah bukan sebab ayah pergi mana. Bukan. Rindu masa ayah dengan kita rapat. Masa kecik-kecik, kita rapat sangat dengan ayah. Apa semua ayah. Ayah selalu main dengan kita. Main hujan-hujan duduk bawah selimut. Sebelum tidur nanti mesti ayah ceritakan kisah nabi, malaikat, Allah Wak Ros *jiran depan rumah. Hahah kelakar sangat. Ayah cerita pasal dia punya rice cooker. Itu pun boleh jadi bahan ketawa. Kalau ayahlah.. Lepastu kalau malam-malam takut nak keluar rumah, ayah gendong letak atas bahu dia. Bestmya masa tu. Ingat lagi kalau kita takut tidur sorang-sorang kita mesti lari tidur sebelah ayah. Sampai nak pilih nama adik pun nak dengan ayah masa tu *Sofia Maisarah Hmmm. Rindu ayah. Bila dah besar ni jarang sangat berbual dengan ayah. Lagipun ayah selalu tade kat rumah. Rindu ayah. Dulu tak rapat pun dengan Mak. Kita rasa Mak garang sangat masa ajar kita baca Al-Quran, ABC mengira membaca. Tapi bila dah besar, Mak lah geng kita bercerita, luahkan semuanya dekat Mak. Ayah pulak yang kita tak rapat.

Ayah la SUPERHERO

Terjumpa gambar ni masa kemas-kemas laci. Masa ni ayah masih kerja dekat Singapore lagi. Masa ni ayah gila scrambler #skrg suka tapi dah kurang. Huhuh rock gila lah. Baju tuh. Fuyooh.

You don't know how important you are to me and I'm so afraid to lose you. I'm thankful and truly blessed that I'm born your daughter. The most I could do is I pray Allah will grant you a good health and happiness in the coming days. Get His blessings in whatever you do in your life. Ayah, someday I may found my prince charming, but Ayah will always be my king until Jannah. InsyaAllah.


Semalam aku geram dgn sorang kawan aku ni. Dia ni cepat sangat give up dengan aku. Tapi bila dia cakap dia rindu arwah ayah dia. Aku rasa kesian pulak kat dia. Hmmm. Aku ni mudah sangat kesian dekat org. Disebabkan tulah datangnya idea nak menaip pasal entri ni. Aku makin stress dgn kawan aku ni. Pening bila fikirkan kawan aku ni. Dahlah aku nak lupakan semua pasal dia. Pasrah aku dengan kau ni. Aku akan cuba try, test. Huh ==" *okay perenggan ni hanya kudap-kudapan sahaja.


Masa kecik-kecik ayah suka tanya kalau kita dah besar nak kahwin dengan sape. Kita selalu cakap kita nak kahwin dengan ayah. Sebab masa tu kita tak kenal lelaki lain selain ayah. Alahai sweetnya.



note : ayah hero sampai syurga ♥

No comments: