Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah
membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat
Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
-
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan
dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau
iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua
agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
-
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas
dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam
untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
-
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad
atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan
ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan
perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak
mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak
menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman
ucapan tersebut.
No comments:
Post a Comment