Wednesday, 14 May 2014

Dilema. Diploma Atau Matriks


Assalamualaikum Hi semua lama tak post kan? Nah amek 2 posts terus.




ATAU

Masing-masing ada kebaikan mereka yang tersendiri. Hati aku lebih kepada diploma. Tapi ayah aku macam tak bagi. Dia asyik sebut matrik je. Aku paham dia nampak matrik lebih terjamin. Aku terpaksa akur la. Tak ikut kang jadi anak derhaka pulak. Terpaksa jaga hati ayah. Terpaksa sedapkan hati dia. Terpaksa cari reda Ayah untuk dapat reda Allah. Allahu tabahkan aku. But, aku harap masih ada selit teipi-tepi ayah ubah fikiran. Harapla. Kalau tak aku terpaksa pergi KMM. hmm. Nampak UITM Arau. Jauh sangat kan? Aku pun takut susah nak balik. Aku harap time degree, aku boleh decide sendiri untuk diri aku nak pergi Uni apa.   Kepada siapa-siapa yang dah boleh terus diploma, harap korang happy. Bestla decide sendiri untuk diri sendiri. Untang ahhh. :( Tapi aku nak cakap, sepanjang lapanbelas tahun ni aku tak pernah bantah satu benda pun yang ayah suruh buat. Even masa kena masuk Sasem. Walaupun macam-macam aku lalui, aku tabahkan je 2 tahun kat sana. Ayah cuma tahu aku ikut cakap dia. Dia tak tau aku ni rela ke tak reda ke tak. Dia tak pernah tanya. Ayah susah nak ubah fikiran dia. Dia selalu rasa dia je yang betul.


note: aku takde hak lagi untuk memilih apa-apa even benda tu untuk diri aku. Ayah selalu tak bagi aku buat apa yang aku minat. Nampak tak? Aku masih tak boleh nak decide sendiri macam kanak-kanak ribena LAPANBELAS tahun yang lain. Sigh. :/

2 comments:

Syazwani Yazid said...

teah, kalau kite pulak, kite nak matriks, pastu nak jadi dentist. tpi ayah kite suruh amik diploma, kos yg dia suruh amik pulak kos pentadbiran awan. pengurusan, kite minat sains, tpi nak buat mcm mana, jgn sedih. our father know the best for us

Fatehah Jamil said...

lol, kita vise versa la kan? huks huks. okay i accept your advice wani. lagipun kalau kita tak bole buat bukan salah kita yang mendecidenya kan. haha nampak jahat but sape yang memaksa.