Tuesday, 29 April 2014

Yeay Me XD





Assalamualaikum, tengok part II tak sambung-sambung lagi, In Sya Allah malam ni. Esok kerja shift full. Duit duitt. 

Hi semua. Nak cite pengalaman amik driving test. Hmm macam-macam aku lalui. Ya Allah masatu aku nak putus asa pun ada. Masa amik test computer pun dah lambat. Bulan 1 baru nak amik. Mujur lulus amik sekali je. Pastu bulan 2 start pegi kelas memandu. Masa mula-mula asyik kena marah, sebab tak pandai langsung bawa kereta. Hmm. Lepastu, 26 Mac dah kena amik test jpj, walhal masatu aku tak ok langsung. Memang teruk sangat. Aku cancel amik 26 Mac. 2 minggu jugak, tak buat apa-apa. Sebab dah fed up. Pastu dah ada semangat sikit masa 16 April amik jpj test. Ni dah tak cancel dah. Ni betul-betul amik test. Bila dah semangat nak amik. Sebab masa belajar, jalan raya dah ok, litar pun ok. Satgi masa jpj test, fail 3 penjuru. Macam tak geram. Bila orang dah balik semangat ni, failed pulak. Sedih. Masa test jalan raya, kena marah je dengan pegawai perempuan tu. Aku diamkan je. Yang penting aku takkan buat salah kat jalan raya pulak. Alhamdullilah jalan raya ok. Tapi aku sendiri tak tengok borang aku, sebab awal-awal habis jalan raya dah kena halau. Dia cakap apa lagi keluar ah. Nak buat apa lama lama. Eh dia ni, aku tunggu borang aku, satgi uncle cina tu yang amikkan borang. Ish. Geram je. Uncle tu cakap jalan raya lulus, nanti buat litar lagi. Huhu. 

Pastu ni amik kali kedua ni, asyik tak ok je lagilagi kat 3 penjuru. Hmm, tak masuk la, terdepan sangatla. Aku dah mula down, tapi mak hari-hari bagi semangat kat aku. Mom is the best supporter ever. Ayah pun tak marah sebab failed, ayah cakap amik kali kedua. Aku suruh mak doakan aku hari-hari. Sehari sebelum test, ada kelas kan, cikgu yang ajar mula-mula sekali tu ajar aku balik. Even aku takut jugak dia marah. Tapi dia tak marah sangat ah, dia ajar cara betul tiga penjuru. Pagi tadi pun dia suruh aku try lagi. Hahaha. Ok la. Nampak Naaima tapi dia tak sama dengan aku tadi, tak dapat borak sangat. Masa sementara nak pergi test tu, hmm aku sentap dengan ayat seorang akak ni. 

"Kita kenalah lulus, jangan senasib dengan dia."

Pergh sentapnya, bukan aku sorang je ulangan ramai lagi. Hmm. Aku diam je. Aku sedar ah, aku tak hebat, nak test sekali dah pass. Hmm. Tak tau ah sekarang akak ni tengah tunggu giliran dia. Pastu masa tengah makan kat kantin. Tiba-tiba uncle tu panggil yang ulangan dah boleh test. Gulp. Gugur jantung. Dah la no 2. Pergh. Takut kutt. Hmm. Masa dalam kereta tu, doa tak putus-putus. Semua ok. Alhamdullilah lulus dah. Sampai sini je testnya. Tak kena buat lagi. Bersyukur sangat. Tapi tadi Mak baru beritahu cikgu yang ajar aku tu cakap aku sebearnya tak lancar lagi bawak kereta, tapi mak tak bitau sebab takut aku down lagi. Tapi tak lancar, still Allah makbulkan doa Mak dgn aku. Bersyukur gila. Cikgu yang ajar aku mula-mula pegang stereng, kawal kereta jangan bagi mati enjin, cikgu tu jugak yang tolong aku masa last pagi tadi. Terima kasih sangat-sangat. Mujur dia ajar cara sebenar 3 penjuru. Alhamdullilah. Lulus.

note : Saat paling gembira apabila Allah memakbulkan doa kita, dan kita dapat merasai nikmat-Nya. Kita rasa macam Allah masih nak dengar permintaan kita dan sayang kita lagi walaupun kita buat salah dengan Dia. Syukur.


5 comments:

Mazni Munawar said...

tahniah. lulus gak ujian memandu :D lepasni boleh pegi jalan2. hihi

Fatehah Jamil said...

thanksss. huhu. seronok bila dah lulus sebab malas nak pikir lagi. agaga. aminnn.

Izzati Amira said...

alhamdulillah. tahniah ye. kita tak amik lesen pun lagi.. hmmm, kewangan blum mencukupi lagi. InsyaAllah akan ade. jeles plak kita..heee

Fatehah Jamil said...

thanks izzati. yeke. takpela nanti dah ada adav duit buat lesen. in sya allah ada rezeki tu jgn la cakap jeles, kita rasa guilty. huhuhu :)

Amy J said...

tahniah lulus :) nanti nak jalan-jalan, jangan lupa ajak :P

btw, saya tag awak dalam liebster award nomination :)


http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/05/liebster-award-nomination.html